Pakdo mari ni, pakdo mari nak jumpa saing-saing pakdo.

Pakdo tak sempat nak mari kerana dua hari pakdo pergi ke hulu Kelantan
untuk tengok tanah hutan yang telah benar-benar berhutan. Pakdo gi naik
keretapi sebelah pagi

Naik keretapi pagi ni pakdo rasa seperti pakdo dok dalam mimpi.
Gerabak-gerabak yang sungguh uzur dan terbokeh sana terbokeh sini.
Barang-barang jualan sayur mayur banyak dimuatkan oleh peraih-peraih yang 
bekerja dengan begitu pantas dan adakalanya tidak memikirkan keselesaan
orang lain.

Pelbagai bau-bauan boleh dihidu termasuk ikan kering yang tidak
betul-betul kering, dan pakdo sedar dari mimpi pakdo, ini adalah sebuah
kehidupan.
Naik kereta api pakdo terfikir sepertilah kehidupan pakdo dan saing-saing
pakdo di dunia ni. Perjalanan kereta api terus berjalan biarpun ada
penumpang yang turun naik di sesebuah setesen ke sebuah stesen.

Ada orang yang pergi jauh, dan ada yang pergi dekat. Sepertilah usia
seseorang. Usia pakdo dah 60 tahun lebih, dah agak jauh juga perjalanan
pakdo. Setingginya pakdo boleh pergi pakdo ternyata telah melalui lebih
daripada separuh perjalanan, atau sudah tiga suku perjalanan.

Naik kereta api ni merupakan kesukaan pakdo suatu ketika dulu, dan
sebolehnya pakdo naik juga sebulan sekali atau dua minggu sekali. Bukan
apa sangat, adakalanya pakdo sengaja nak tengok gelagat orang ramai.

Pakdo tahu, kalau kereta api pagi ni biasanya dinaiki oleh orang-orang
kampung yang bekerja di hulu seperti buka tanah hutan, kerja di kebun
getah, buka kebun .

Pakdo tengok ada juga Mat Salleh yang naik kereta api pagi . Pakdo tengok
tabiat orang mat salleh ni ada juga yang patut ditiru, mereka suka membaca
dan mereka membaca tak kira tempat. Dalam kereta api ketika bersesak-sesak
pun mereka membaca juga. Pakdo tak tahu tahu apa yang mereka baca. 
Entah-entah mereka tengok peta malaysia, lepas ni nak pergi ke mana pula,
tu pakdo tak tahulah.

Agak panjang juga pakdo mengarut kali ni, seperti yang pakdo kata, kiranya
apa yang pakdo kata ini boleh difikirkan, fikirkanlah dan kalu tiada
apa-apa atau hanya sebagai percakapan kosong itu terserahlah kepada
saing-saing pakdo.

Sebelum pakdo bercakap lebih panjang, pakdo nak minta diri dulu deh.







Hormat selalu daripada Pakdo


Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke