Dengar khabar melalui e-mel ,

Saing-saing pakdo dari Persatuan Penulis Tumpat nak adakan Mesyuarat Agung
tahunan pesisir kali ke 26.

Pakdo dulu pernah juga menyertai persatuan. Agak banyak juga pakdo masuk
persatuan.

Suka sungguh berpersatuan ni , kerana disamping dapat ramai kawan dapat
juga pengalaman dan tak kurang juga ilmu baru yang bukan sedikit.

Tahniahlah kepada saing-saing pakdo yang sertai persatuan, tak kiralah
persatuan apapun asalkan ianya memberikan manfaat kepada anak bangsa pakdo
sudahlah.

Jangan persatuan yang menyalahi undang-undang negara sudahlah.


Pakdo nak ucapkan bermesyuarat kepada saing-saing pakdo, dan
bermesyuaratlah dengan baik demi untuk mendapat keputusan yang baik.


Pakdo hajat nak jengok juga ke tempat mesyuarat nanti,  biarpun pakdo tak
dapat surat rasmi sekalipun.Saing-saing pakdo bolehlah jumpa pakdo di sana
, kalu tak cam pakdo pun tak apa , carilah dalam ramai-ramai tu adalah
pakdo itupun kalau pakdo sihat tubuh badan. Manalah tahu sakit deman ni
tak dapat pakdo tahu bila nak datangnya.

Doakanlah agar pakdo sentiasa sihat untuk pakdo dapat menyangkul lebih
banyak batas untuk tanam sayur. Hari ni makdo buat sayur lemak , terung
dan kacang mior. sedap sungguh rasanya, maklumlah makdo mu pandai memasak.
Tapi diam-diam sudahlah, terung , kacang mior , nyior dan semua
bahan-bahannya makdo beli dari kedai mokteh minah, bukan hok pakdo tanam.




>
> PERSATUAN PENULIS TUMPAT(PESISIR)
> 445, BELAKANG BALAI RAYA CHABANG EMPAT
> 16200 TUMPAT, KELANTAN DN
> Tel: 09-7196490 – Ketua 1        1029032948 -  SU1
> [EMAIL PROTECTED]        http://www.pesisir.net
> ................................................................
>                                                    22 APRIL 2006
> Ke majlis,
>
> Semua Ahli
>
> Tuan/puan,
>
> MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PESISIR KALI KE -26
>
> Dengan segala hormatnya, perkara di atas  dirujuk.
>
> 2.Sukacita  tuan/puan dijemput hadir ke Mesyuarat  Agung Tahunan
> Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR) kali ke-26  yang akan diadakan seperti
> berikut:
>
>       Tarikh:  12 Mei 2007 (Sabtu)
>       Tempat:   Dewan Darul Hanan, Pondok Selehor, Kok Pasir,
>                 Tumpat, Kelantan
>       Masa:     8.30 pagi
>
> 3. Agenda:
>      3.1   Aluan pengerusi
>      3.2   Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung yang lalu
>      3.3   Perkara-perkara berbangkit.
>      3.4   Membentang laporan aktiviti tahunan
>      3.5   Membentang dan menerima penyata kewangan bagi tahun
>            berakhir 31 Disember 2006.
>      3.6   Membentang usul dan cadangan (jika ada)
>      3.7   Ucapan penangguhan.
>
> 4. Kehadiran tuan/puan adalah sangat diharapkan bagi menjayakan mesyuarat
> Agung yang bakal diadakan .
>
> Sekian dan terima kasih.
>
> ‘ SASTERA PENJANA DAYA INTELEKTUAL’
>
> XXXXXXXXXXXXXXXX
> (EDIRAMLE ISMAIL)
> Setiausaha 1
> PERSATUAN PENULIS TUMPAT(PESISIR)
>
> s.k
> Ketua 1 dan semua AJK.
>
>
>
>
>
> Ediramle Ismail
>
>
>


Hormat selalu daripada Pakdo


Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke