Beberapa hari kebelakangan ni pakdo rasa kurang sihat sikit, pakdo rasa tekanan darah pakdo tinggi lagi akibat beberapa perkara yang pakdo perlu selesaikan membuatkan pakdo kurang merehatkan fikiran .
Bagaimanapun pakdo tidaklah uzur sangat, hanya maklumlah urat-urat tua adalah ragamnya sedikit sebanyak. Tambah pula ketika ni pakdo tak menlakukan senaman , hanya sedikit saja menyangkul di belakang rumah. dalam masa begini pakdo hanya sempat berjumpa saing-saing pakdo dalam masa terhad. Semasa pakdo pergi ke bendang, pakdo teruja melihat sesuatu yang jauh berbeza daripada apa yang pakdo tengok di waktu pakdo muda belia dulu. Kalu dulu pakdo naik kereta api pergi ke Kedah untuk memukul padi dan pakdo balik setelah habis memukul, pakdo bawak balik sesamah dua untuk makdo dan anak-anak pakdo. Anak-anak pakdo suka sangatlah kalu pakdo beli buah topoh (sekarang ni dipanggil buah epal) Anak-anak pakdo makan dengan enak sekali. Pakdo rasa senang hati. Lepas tu, semasa di kampung, pakdo ambik upah mencedung padi, mumukul padi dan makdo mengetam padi. hasil daripada kerja itu pakdo dan makdo dapat sedikit upah padi baru, Makdo bawa balik gemal-gemal padi yang diupah dan makdo irik, pakdo dan anak-anak tumbuk padi dengan lesung pusaka datuk pakdo . Sedap sungguh beras baru itu, baunya wangi kerana makdo menanak nasi guna kayu api. Anak pakdo pulak cari ikan haruan dan sepat di bendang, ketika itu ikan di bendang banyak kerana belum kerna pelbagai racun yang ada seperti hari ini. Yang pakdo gi jauh-jauh ni , pakdo nak cerita tentang ketaman, mungkin ada saing-saing pakdo yang tak pernah tengok ketaman. Ketaman tu alat untuk mengetam padi suatu ketika dulu. lepas tu orang guna sabit untuk potong batang padi sebelum dipukul. Yang terbaharu ni orang tak mengetam atau memukul padi lagi , petani sekarang ni dah pakai ketaman besar atau ketaman gergasi seperti yang pakdo lihat. ketaman tu ialah mesin penuai padi yang besar dan kalu dulu orang kelantan Pergi ke kedah untuk pukul padi, sekarang orang kedah datang ke Kelantan untuk memesin padi menggunakan ketaman besar yang mempercepatkan kerja-kerja mengetam. Pakdo, bila terkenang semasa dulu, air mata pakdo berlinang sokmo. Hormat selalu daripada Pakdo Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
