Jeliro sungguh catatan Ayah Ngah kita pagi ni.

Ayah Ngah ajak saing-saing pakdo dan pakdo juga untuk bersyukur di atas
apa anugerah yang dikurniakan kepada kita. Ayah Ngah juga nasihatkan pakdo
dan saing-saing pakdo agar sentiasa ingatkan diri sendiri agar tidak lupa
diri bila dapat sesuatu rezeki kerana semuanya adalah kurnia daripada
Allah atas usaha yang dilakukan berserta doa yang dipanjatkan.

Beruntung sungguh keluarga Ayah Ngah kerana dapat hidup dalam suasana yang
ayah ngah bentuk sekian lama. Keluarga Pakdo pula kebanyakan masih tidak
berjaya dalam mencari kehidupan di dunia yang ternyata sangat sedikit ini.

Apa yang pakdo kejar, siang malam sebetulnya ibarat mengejar seekor
belalang beras berbanding jutaan belalang yang berterbangan.

Hari tu, pakdo jumpa Tok Ayah Soh,(tidak saing internet pakdo)  dia kata,
setelah berada di usia dekat 70 dia baru sedar yang dikejar selama ini 
kebanyakannya hanya bayangan yang semakin dikejar semakin jauh dia.

Katanya sekarang ni, di jiwanya kini syukurlah telah tertanam cita-cita
untuk mengamalkan ajaran agama dengan mengikuti suruhanNya dan menghindari
apa yang dilarang dalam agama.

Pakdo rasa terpukul juga, kerana dalam usia 60-an pakdo masih lagi
tercari-cari dan pakdo masih lagi menemui diri pakdo sepenuhnya.


Pakdo masih lagi perlu banyak belajar kerana proses pembelajaran itu
adalah tugas sepanjang hayat.

Doakan agar pakdo menjadi seorang antara manusia yang dirahmati , dan
apa-apa yang pakdo buat akan diberkati.


Hormat selalu daripada pakdo.





> Ayahngah mari nii. Baru lepas jiruh bunga dan beri make ikan, nak cerita
> sikit pasal bersyukur. Bersyukur mula-mula celik mata pagi-pagi. Kerana
> masih diberi panjang umur dapat hidup lagi. Kemudian bersyukur kerana
> dapat menunaikan sembahyang subuh berjemaah di masjid. Inilah tanda aras
> kesihatan kita. Kalu dak leh pegi sembahyang subuh di masjid tu rakan
> jemaah cap kita tak sihat la tuu. Kemudian balik pagi-pagi, tengok
> pohon-pohon buahan di keliliang rumah. Berbungha, berputik belaka tahun
> nii. Semeta berputik lebat. Moktan pun lebat. sapa jambu hijau pun buah
> lebat. bulih makan colek atas gere petang-petang.
>
> Ayahngah bersyukur juga  tahun nii, kerana anak-anak pun boleh kerja
> belaka uduh-uduh. Ada bulih askar, ada bulih misi. Mak Ngah dia pun naik
> pakat sikit. Ayahngah sendiri pulak nya, naik tage belaka tahun nii.
> Ayahngah ingat inilah berkat usaha, modal dan doa yang ayahngah amalkan
> hari-hari. Ke tua nii, kita ke yakin dengan kebesaran dan kekuasaan Allah
> Subhanahua Taala. Gangguan dan ancaman bala itu adalah peringatan Allah,
> seumpama ribut yang melanda yang menggugurkan ranting-ranting mati yang
> kemudiannya menambah kehijauan dan kerimbunan daun-daun pohon yang
> rendang, yang bakal mengeluarkan buah untuk dinikmati bersama.
>
> Kepada anak-anak, ayahngah berpesan, berpeganglah kepada tali Allah.
> Bersyukurlah diatas nikmat dan kurnianya. Janji Allah, barang siapa yang
> bersyukur di atas nikmatNya, nescaya Allah akan menambah nikmatNya dengan
> berlipah ruah.
> Maaf Ayahngah berleber panjang. Ayahngah gii dulu dah. Insha Allah jumpa
> lagi.
>
>
>
>
>


Hormat selalu daripada Pakdo


Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke