10 DALIL KENAPA MOHD SABU TIDAK LAYAK MENJADI PIMPINAN PAS      -

Oleh : Abu Ezzadi ([EMAIL PROTECTED])    
   
   
1. PEGANGAN/AMALAN SYIAH    
   
Mohd Sabu dikenali ramai sebagai salah seorang yang begitu meminati dan 
mengkagumi perjuangan Hizbullah di Lubnan dan revolusi Islam Iran sejak dari 
dulu lagi. Minat, sokongan dan kecenderungan beliau diterjemahkan dengan 
kerapnya beliau berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali menggunakan 
contoh perjuangan mereka di dalam ceramahnya. Namun sedarkah kita bahawa minat, 
sokongan dan kecenderungan beliau telah mula bertukar kepada pegangan agama dan 
aqidah? Tanyalah beliau tentang aqidah ataupun amalan orang Syiah, nescaya 
beliau akan dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan begitu terperinci. 
Tanyalah orang-orang syiah di Malaysia nescaya mereka akan menganggap Sdr. Mohd 
Sabu adalah sebahagian daripada mereka. Mungkin atas sebab itulah kita jarang 
melihat beliau solat jamaah bersama-sama kita. Malah diakui oleh pimpinan 
peringkat tertinggi bahawa mereka juga tidak pernah melihat beliau solat jamaah 
bersama (walaupun diimamkan oleh Tn Guru Hj Hadi).  
  Dan yang lebih malang sekali, beliau telah mula menyebarkan fahaman ini 
kedalam parti, terutamanya ke atas golongan pemuda kita. Pernah dilaporkan 
apabila beliau membawa petugas-petugas Kuala Kedah melawat Thailand, mereka 
telah berhenti solat dimasjid-masjid yang dikenali ramai sebagai masjid orang 
syiah di sana. 
 


Mungkin ada yang masih ingat beberapa siri demonstrasi di hadapan keduataan 
Amerika Syarikat dan Wisma Denmark sewaktu ketika dahulu. Ingatkah anda ada 
satu golongan syiah yang datang membawa sepanduk dan poster besar Imam 
Khomeini/Khameini sambil membaca selawat cara Iran dengan lahjah Iran. Dan 
tahukah anda bahawa semua itu ditaja oleh Sdr. Mohd Sabu dan di dalam kelompok 
tersebut juga terdapat beberapa pemuda PAS daripada Kuala Kedah! 
   
Bukan setakat itu sahaja, malah ahli-ahli perhubungan negeri P.Pinang dan 
kebanyakan jawatankuasa kawasan di Pulau Pinang juga telah mula diresapi 
pengaruh syiah. Mereka cukup kagum dengan Mohd Sabu dan syiahnya. 
   
Secara nyata Mohd Sabu telah menggunakan pengaruh dan jawatannya untuk 
mengembangkan ajaran dan pegangan syiah dikalangan ahli PAS. Sebab itulah tidak 
hairan kenapa beliau kerap berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali 
beliau membawa ahli-ahli kita dan pemuda bersama-samanya. (Kadangkala kita 
tertanya-tanya daripada mana mereka memperolehi wang yang banyak untuk kerap 
berkunjung ketempat tersebut.) Dan seringkali juga beliau menolak dan mengelak 
untuk melawat ke Lubnan dan Tehran bersama-sama pimpinan PAS yang lain, kerana 
mungkin dikhuatiri tembelangnya akan pecah. 
   
Suasana ini bukan lagi menjadi rahsia kepada ahli dan pimpinan PAS yang lain. 
Semoga satu tindakan yang tegas dapat diambil untuk membendung gejala ini yang 
kalau tidak disekat akan menjadi barah dan nanah yang bisa memecahbelahkan 
perpaduan di dalam Parti. 
   
2. MENYAMAKAN PIMPINAN PAS DENGAN UMNO    
   
Di dalam Ijtimak Jihad Pemuda PAS Kedah, sewaktu memberikan ucapannya, Sdr. 
Mohd Sabu telah menyamakan Pimpinan PAS dengan UMNO melalui kata-katanya : 
   
Sekarang perangai pemimpin PAS dengan UMNO sama. Beza di antara Pemimpin PAS 
dengan Pemimpin UMNO 3 perkara sahaja - pemimpin PAS tak minum arak, pemimpin 
PAS tak berzina, pemimpin PAS tak main judi. Lain pada tu sama! Berebut harta, 
rasuah, nepotisme, pembaziran? sama! 
   
Ucapan dan tindakan ini amat keterlaluan. Sekiranya ianya datang dari ahli UMNO 
mungkin masih boleh diterima dek akal walaupun biadap. Dan sekiranya datang 
dari ahli PAS memang sah biadap dan tidak ada wala terhadap pemimpin. Tetapi, 
apa yang menyedihkan, ianya datang dari seorang pemimpin PAS sendiri yang 
berjawatan Naib Presiden suatu jawatan yang amat tinggi yang sudah 
menggambarkan pemimpin pelapis dan masa depan PAS. Cuba kita bayangkan wajah 
Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Nasharudin, Hussam Musa, Dato 
Hassan Ali, Ust Harun Taib dll, adakah wajah mereka sama seperti yang 
digambarkan oleh Sdr Mohd Sabu? Apakah mereka berebut harta, mereka rasuah atau 
mereka nepotisme? Astaghfirullah?. Kalau kita bercakap mengenai pemimpin UMNO, 
ada logiknya juga, kebanyakannya sudah ada bukti mahupun 
pertuduhan/perbicaraan. Tetapi, dengan menuduh kepimpinan ulama PAS sedemikian 
rupa tanpa sebarang bukti, adalah suatu dosa yang sukar diampunkan. 
   
Apa sudah jadi dengan Sdr. Mohd. Sabu sehingga beliau sanggup dan tergamak 
untuk meletakkan taraf pemimpin PAS begitu rendah dan hina, serendah dan sehina 
pemimpin UMNO. Ataupun, mungkin juga pemimpin PAS yang beliau maksudkan itu 
adalah diri beliau sendiri? 
   
   
3. PENGGUNAAN BAHASA YANG TIDAK MENCERMINKAN AKHLAK ISLAM    
   
Tidak dapat dinafikan bahawa beliau adalah crowd puller bagi PAS. Ceramah 
beliau seringkali mendapat sambutan orang ramai, baik ahli PAS mahupun UMNO. 
Tetapi seringkali juga ceramah beliau menjadi fitnah kepada PAS. Umum 
mengetahui, beliau sentiasa nampak hebat dengan gaya bahasa yang kasar dan 
kesat, kadangkala mencarut dan selalunya mencerca dan memaki pihak lawan sesuka 
hati. Ramai orang suka (terutamanya ahli PAS) tetapi terlebih ramai yang benci 
dan meluat (terutamanya dikalangan orang awam dan ahli UMNO). Sebab itulah 
beliau dilarang berceramah di kebanyakan tempat yang menjadi kubu kuat UMNO 
termasuk di dalam beberapa pilihanraya kecil kerana dikhuatiri menjadi fitnah 
kepada parti dan ramai orang akan lari dari mengundi pembangkang. Ceramah 
beliau bukan membawa kepada kesedaran Wai Islam ataupun pembentukan Syakhsiyah 
Islamiyah tetapi hanya menyemai dan menyubur perasaan benci dan marah kepada 
mereka-mereka yang sepatutnya menjadi madu kepada kita. 
   
4. FITNAH KEPADA IMEJ ISLAM    
   
Sesungguhnya kita memerlukan saf kepimpinan yang mencerminkan akhlak dan 
syakhsiyah Islam supaya jamaah kita senantiasa berada di atas landasan yang 
betul dalam mengejar suruhan dan keredhaan Allah. Janganlah disebabkan oleh 
hanya seorang yang tak sepatutunya berada di dalam saf kepimpinan, Allah tidak 
merahmati jamaah dan parti kita. Sebab itulah kalau kita perhatikan sirah dan 
sejarah perjuangan golongan terdahulu, mereka amat menitikberatkan soal akhlak 
dan syakhsiyah pemimpin. Mana-mana pemimpin yang ada walau syubhah dalam 
peribadi dirinya akan ditolak dan diturunkan daripada jawatannya. 
   
Kalau hendak mencungkil dan mendedahkan segala cela keperibadian Sdr. Mohd 
Sabu, dikhuatiri akan memalukan dan mengaibkan diri kita sendiri. Cukuplah kita 
mengingati kembali peristiwa khalwat beliau sewaktu menjadi ahli Parlimen di 
Kelantan. Kes tersebut walaupun dibuang oleh Mahkamah Syariah atas sebab-sebab 
teknikal, semua orang tahu tentang kebenarannya. Kalau tidak masakan Al Marhum 
AlFadhil Ust Fadhil Nor memarahi beliau pasai apa nak pi cari penyakit?. dengan 
membenarkan perempuan bukan muhram memasuki bilik hotel beliau?? 
   
   
5. KEHIDUPAN MEWAH    
   
Beliau seringkali menyarankan kita didalam ceramahnya supaya sentiasa hidup 
sederhana. Tetapi sayangnya beliau sendiri tidak dapat melakukan apa yang 
disarankannya sendiri. Mungkin kita boleh bertanyakan beliau tentang rumah 
banglo di Bukit Merah, sebuah kereta Naza Ria dan sebuah kereta Perdana apakah 
ini corak hidup sederhana yang dimaksudkan? Dalam keadaan beliau tidak ada 
pendapatan tetap, bagaimana mungkin beliau dapat memperolehi kesemuanya itu? 
Bayangkanlah kehidupan sederhana yang bagaimana beliau akan zahirkan sekiranya 
PAS memerintah dan beliau adalah salah seorang daripada Menteri Kabinet?? 
Patutlah beliau menyamakan pimpinan PAS dangan UMNO kerana rupa-rupanya 
pimpinan PAS yang beliau maksudkan itu adalah diri beliau sendiri! 
   
   
6. KUAT MELOBI & BERMAIN POLITIK    
   
Tidak salah untuk dipilih sebagai pemimpin. Tetapi, jika sehingga lobi melobi, 
mengatur strategi dan menyusun langkah semata-mata untuk memastikan kemenangan 
diri sendiri, ini adalah sesuatu yang menjengkelkan dan merupakan amalan yang 
tak dapat diterima sama sekali bagi sebuah Jamaah/Parti Islam. Sepatutnya usaha 
dan tenaga ditumpukan untuk kemenangan parti bukannya kemenangan individu di 
dalam parti. 
   
Kita tahu bagaimana Sdr Mohd Sabu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan 
dirinya dipanggil semaksima mungkin untuk merasmikan mesyuarat agung kawasan, 
dengan harapan dirinya akan dicalonkan untuk sekurang-kurangnya Naib Presiden. 
   
   
Kita juga tahu bagaimana beliau menggunakan orang-orangnya untuk turun kawasan 
melobi perwakilan untuk diberi undi kepadanya kelak. Orang-orangnya juga faham 
bahawa undi mereka untuk Naib Pesiden PAS hanyalah untuk beliau seorang dan 
tidak perlu bagi mereka mengundi calon yang lain. 
   
Dan kita terlebih tahu bagaimana beliau menggunakan wartawan harakah untuk 
mengangkat dirinya dan pada masa sama melakukan serangan peribadi terhadap 
pimpinan yang lain yang bukan didalam kelompoknya. 
   
Budaya ini adalah budaya UMNO yang amat merbahaya dan mengundang bala. Semoga 
anasir seperti ini dapat kita padamkan sama sekali tanpa diberi peluang untuk 
berkembang dimasa hadapan. 
   
   
7. TERLALU INGIN KEPADA JAWATAN    
   
Sesiapa yang ada kesempatan bertemu dengan Sdr. Mohd Sabu kebelakangan ini 
(terutamanya perwakilan) pasti mendengar cakapan beliau tentang pemilihan 
Muktamar kali ini. Secara terbuka beliau menagih simpati meminta untuk diberi 
undi kepada beliau sebagai Naib Presiden. Dan apa yang kita sebutkan di atas 
sudah cukup untuk menggambarkan betapa beliau meminta-minta jawatan Naib 
Presiden untuk diri beliau. 
Sedangkan amalan tersebut adalah dilarang dan dicela di dalam Islam. 
Sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis :    
   
Dari Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk 
kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: 
Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata 
demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan 
ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya" 
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)    
   
Di dalam hadis yang lain (riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAW 
menasihati sahabatnya Abd Rahman Bin Samurah : "Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan 
engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan 
pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau 
diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu" 
   
Tuan Guru Hj Hadi juga (seolah-olah menyedari senario yang sedang berlaku) 
telah menegaskan di dalam wawancaranya bersama harakah pada 21 Mei, 2007 : 
Mereka yang konsisten dan istiqamah dalam parti, boleh berada dalam kepimpinan 
dan syarat yang terpenting ialah seseorang itu tidak boleh meminta jawatan. 
Dalam Islam kita tidak boleh meminta jawatan... 
   
8. GAGAL SEBAGAI PESURUHJAYA P.PINANG    
   
Pulau Pinang adalah diantara negeri yang malang mempunyai Sdr. Mohd Sabu 
sebagai Pesuruhjaya mereka. Harapan untuk melihat P.Pinang maju dan bersatu 
dalam mengerjakan amal jamai hanya tinggal harapan. Kenyataanya, perhubungan 
negeri P.Pinang hampir lumpuh. Ramai ahli perhubungan negeri sudah hilang 
thiqah dan telah nekad untuk tidak menghadiri sebarang mesyuarat perhubungan. 
Timbalan Pesuruhjayanya juga telah bertindak meletakkan jawatannya. Bagi mereka 
Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang hanya dikuasai oleh golongan pro-syiah. 
   
Beliau seringkali gagal menghadiri mesyuarat perhubungan negeri dan selalunya 
menyerahkan kebanyakan tugasan kepada Setiausaha Perhubungan tanpa penglibatan 
Timbalan Pesuruhjaya yang sepatutnya lebih berperanan besar. Setiausaha 
Perhubungan dilihat lebih berkuasa dalam banyak hal dan seringkali gagal 
menjemput ahli perhubungan yang bukan dari kelompoknya untuk menghadiri 
mesyuarat. 
   
Mohd. Sabu juga dilihat lebih banyak menghabiskan masa dengan ceramah diseluruh 
pelusuk Negara tanpa mempedulikan nasib negerinya yang sepatutnya menjadi 
amanah daripada Jamaah. Kadangkala kita pun hairan kenapa beliau lebih 
mementingkan ceramah daripada urusan negeri (mungkin juga untuk pengaruh 
peribadi dan duit poket beliau!). 
   
Sebab itulah nasib PAS P.Pinang diibaratkan oleh ahlinya sebagai parah menanti 
rebah akibat dari penyelewengan, kelemahan dan salahguna kuasa yang telah 
dilakukan oleh Mohd. Sabu dan rakan-rakannya. Kini, rungutan dan sungutan 
kedengaran di sana sini supaya P.Pinang diberi Pesuruhjaya yang baru supaya 
mereka boleh kembali bernafas dengan segar dan nyaman. Dan yang pastinya udara 
itu mestilah udara Ahl Sunnah Wal Jamaah! 
   
9. BOCOR MAKLUMAT RAHSIA PARTI    
   
Adalah menjadi prinsip amalan bagi pimpinan untuk melaksanakan konsep 
kerahsiaan dan keterbukaan dalam gerak kerja harakah. Ada perkara-perkara yang 
perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum mahupun ahli parti atas dasar 
maslahat umum terutamanya hal-hal berkaitan penyusunan dan perancangan. Namun 
konsep ini seolah-oleh tidak dimengerti oleh Sdr. Mohd Sabu. Jika tidak masakan 
maklumat rahsia Parti boleh bocor ke tangan pihak ke tiga. Beberapa kali 
dilaporkan orang syiah P.Pinang terlebih dahulu tahu mengenai beberapa 
keputusan di peringkat pimpinan daripada ahli parti sendiri! Sedarlah bahawa 
suasana ini amat merbahaya dan menjadi ancaman kepada parti dan gerakan Islam 
keseluruhannya. 
   
10. TIDAK AMANAH    
   
Di antara ciri-ciri terpenting yang perlu ada dalam diri pemimpin ialah sifat 
amanah. Tetapi, sayangnya sifat ini sudah mula terhakis dari diri Mohd Sabu. 
Kalau tidak masakan ada ahli-ahli PAS di Pulau Pinang yang begitu nekad dan 
sanggup menulis surat kepada Presiden PAS untuk menceritakan perbuatan Mohd 
Sabu yang telah menyelewengkan wang perhubungan PAS Negeri P.Pinang. 
   
Di dalam surat tersebut, Mohd. Sabu telah dituduh menyelewengkan wang 
Perhubungan PAS Negeri dan wang Badan Khairat Kematian PAS Negeri untuk 
kegunaan peribadinya. Beliau juga dituduh menyelewengkan wang Tabung Mangsa 
Tsunami dan Dana Pilihanraya yang telah disumbangkan oleh PAS Pusat. Mungkin 
atas sebab itulah kenapa beliau tidak dapat menyediakan dan membentangkan 
laporan kewangan negeri dan gagal melantik Bendahari Badan Perhubungan Negeri 
P.Pinang. Dan tidak hairanlah kenapa orang ramai sudah mula hilang kepercayaan 
terhadap PAS P.Pinang hinggakan mereka tidak mahu lagi menyumbangkan wang 
ataupun infaq kepada perhubungan negeri. 
   
Ketahuilah, pertuduhan ini amat serius. Ianya adalah pecah amanah. Dan jika 
sesiapa membawa kes ini ke pihak polis, nescaya ianya akan menjadi kes jenayah 
yang amat berat. Mudah-mudahan kes ini tidak akan berpanjangan sehingga ke 
peringkat tersebut. Jika tidak, nescaya PAS akan hilang mukanya dibumi 
Malaysia! 
   
KESIMPULAN    
   
Saya sayang Mohd Sabu....tetapi saya lebih sayangkan kesucian Gerakan Islam.    
   
Sumber: http://www.umno-reform.com/urnews2/sabu_10dalil.htm  

         
---------------------------------
Looking for earth-friendly autos? 
 Browse Top Cars by "Green Rating" at Yahoo! Autos' Green Center.  

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke