http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8360&Itemid=28
   
          Adun BN Kelantan keluar dewan kejar publisiti murahan           Wajdi 
Mayusoh 
Tue | Jun 26, 07 | 03:10:35 PM 
   
      KOTA BHARU, 26 Jun (Hrkh) – Perancangan Umno bagi menggugatkan kerajaan 
negeri melalui persidangan Dun Kelantan kali ini gagal lagi apabila lima usul 
yang dibentang ditolak kerana ia dianggap Speaker, tidak perlu disegerakan.     
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
-->      “Biar pun memenuhi dua kriteria pertama iaitu tertentu dan melibatkan 
kepentingan awam, namun ia tidak perlu disegerakan,” kata Dato’ Wan Abdul Rahim 
Wan Abdullah.   Lima usul dibentang semalam dan dua daripadanya cuba diulangi 
lagi hari ini berkaitan isu pengurusan Tanah Tinggi Lojing yang dikemukakan 
Mohd Adhan Kechik (BN - Bukit Bunga), pengurusan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd 
(AKSB) - Dato’ Dr Illias Husin (BN-Jelawat).      Pemansuhan cukai Bandar 
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) - Hanafi Mamat 
(BN-Pengkalan Pasir), Skim Perlindungan Sosial Warga Emas (Kifaalah) - Mohd 
Rosdi Abdul Aziz (BN-Wakaf Bharu).     Terakhir usul berkaitan kenyataan Ketua 
Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Muhamed Daud (PAS-Demik) yang cuba dibangkitkan 
Dato’ Mohd Zain Ismail (BN-Bukit Tuku) mengenai pemindahan pengundi.      
Ekoran kesemua usul ditolak mereka keluar dewan beramai-ramai pada persidangan 
Kali Kedua Bagi Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang
 Kesebelas pagi semalam.   Bagi anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah 
penolakkan usul menjadi perkara biasa yang berlaku di Dun dan Parlimen.      
“Ketika saya berkhidmat sebagai anggota Parlimen banyak usul yang dikemukakan 
pembangkang ditolak, biar pun ia menyentuh masalah rakyat. Namun, kami tidak 
pernah memulau persidangan.      “Saya ingat wakil-wakil BN tidak datang terus 
pada sebelah petang semalam, rupa-rupanya datang kembali. Mereka hanya pulau 
dan duduk di bawah tangga dan kembali semula,” katanya.      Adun Kelaboran, 
Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan protes dengan cara keluar dewan menunjukkan 
Adun pembangkang tidak matang dan bersifat kebudak-budakan.   Tambah beliau, 
kelima-lima usul pembangkang yang ditolak itu sebenarnya tidak releven 
contohnya usul berkaitan Skim Takaful Kifaalah mereka mahu supaya skim itu 
dibuka kepada semua rakyat dan bukan menghadkan kepada yang berumur 60 tahun ke 
atas sahaja.      Selain itu mereka cuba menuntut pampasan dibayar
 ialah RM4,500 bukannya RM2,500 seperti dilaksanakan sekarang.      Sedangkan 
menurutnya kerajaan negeri sudah menjelaskan di mana RM2,000 pampasan lagi 
dimasukkan ke dalam tabung khas di peringkat Dun bagi membolehkan warga emas 
yang berusia lebih 75 yang tidak memenuhi syarat ditetapkan syarikat insurans 
turut mendapat manfaat serupa.      “Saya merasakan tindakan Speaker menolak 
usul tersebut adalah tepat sekali kerana ia dibawa sengaja mahu memperlekehkan 
kerajaan negeri.      “Sepatutnya mereka mencadangkan kepada kerajaan Pusat dan 
negeri lain yang diperintah BN melaksanakan skim itu dan bukan mempertikaikan 
usaha dilakukan di Kelantan,” katanya.      Presiden Kelab Penyokong Kerajaan 
Kelantan (BBC), Haji Zakaria Yaakob berkata, tindakan keluar dewan tidak 
sepatutnya berlaku kerana mereka boleh membangkitkannya pada sesi lain.      
Katanya, tindakan keluar dewan sebenarnya mengkhianati amanah rakyat yang 
mengharapkan Adun sepatutnya berperanan mengutarakan masalah dan
 cadangan kepada pihak kerajaan.      Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat 
menyifatkan tindakan pembangkang satu lakonan semata-mata bagi mendapatkan 
publisiti murahan setelah pelbagai taktik dilakukan mereka sebelum ini tidak 
berkesan.      “Keluar dewan pagi dan masuk pula sebelah petang menunjukkan 
mereka berpura-pura dan tidak serius,” ujarnya.      Ketika persidangan dewan 
bermula lebih kurang 15 minit pagi semalam, semua 22 Adun pembangkang yang 
diketuai Dato’ Seri Annuar Musa keluar dewan sebagai memprotes keputusan 
Speaker menolak usul yang dikemukakan mereka.      Kira-kira lima minit 
persidangan dimulakan Annuar terus bangun dan mempersoalkan kenapa usul ditolak 
sambil menunjukkan buku peraturan dewan.      Keadaan semakin tegang apabila 
Mohd Adhan (BN-Bukit Bunga) bangun mencelah dan turut melahirkan rasa tidak 
puas hati. Beliau berkeras meminta supaya usul itu dibahas.   Dato’ Mustapa 
Mohamed (BN-Air Lanas) turut bangun mempersoalkan tindakan itu dan
 mendakwa pihak kerajaan takut kepada pembangkang.      Sekali lagi Speaker 
menjelaskan beliau berhak melalui kuasa yang ada menilai setiap usul dan jika 
didapati usul itu tidak sesuai adalah menjadi tanggungjawabnya menolak.   Belum 
sempat Speaker menghabiskan penjelasannya semua wakil pembangkang bangun dan 
meninggalkan dewan. - mj 


       
---------------------------------
Ready for the edge of your seat? Check out tonight's top picks on Yahoo! TV. 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke