Yang hairannya, Parti Islam Indon tahu pula siapa Syiah!   
  
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44185
   
  http://www.pks-anz.org/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=341
   
   
   
  Kita hairan, kenapa Parti Islam di Indonesia PKS boleh membahaskan kesesatan 
Syiah di atas pentas-pentas resmi mereka. Dari perbahasan mereka, tidak pula 
mereka kita nampak mereka bertolak ansur dengan golongan Syiah Imamiyah. Tidak 
pula mereka kata Syiah Imamiyah itu berbeza sedikit sahaja dengan Ahlus Sunnah, 
hanya beberapa masalah feqh sahaja, hanya sekitar masalah siapa yang berhak 
menjadi khalifah selepas Rasulullah s.a.w. Mereka nampaknya dengan tegas 
mengatakan bahawa Syiah Imamiyah itu adalah sesat dan sesesat-sesat aliran. 
Mereka termasuk antara firqah yang tidak berjaya. 
   
  

 
  Kita di Malaysia? Tidak pula seperti saudara-saudara kita PKS di Indonesia. 
Malah kita di sini mengambil si anti Sahih al-Bukhari dan Muslim sebagai 
kolumnis tetap di lidah resmi kita. Mempunyai pandangan yang cukup kabur 
terhadap kelompok Syiah Imamiyah ini. Menjadi penyanjung tokoh-tokohnya. Lebih 
malang lagi, tidak ada siapa di kalangan kita yang sanggup menyatakan di atas 
pentas-pentas resmi kita bahawa Syiah Imamiyah itu adalah sesat lagi 
menyesatkan, malah terkeluar dari Islam. Yang kita dengar, selalunya puja dan 
puji terhadap tokoh-tokoh aliran ini.   Alasan kita yang paling kukuh ialah: 
"Lawan sekular dulu.. Sekular lebih bahaya dari Syiah.." 
  Alasan paling basi!! 
  Barangkali, Syiah Imamiyah mempunyai hak istimewa sehingga mereka tidak boleh 
disentuh. Tidak boleh dibicarakan.. Dan seterusnya. 
  Lihat artikel tokoh PKS Dr. Hidayat Nurwahid tentang Syiah: 
  http://www.pks-anz.org/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=134 
  Oooh.. Tahulah kita.. Patutlah di kalangan mereka tidak ada anggotanya yang 
pro Syiah, apatah lagi memasukkan pemuja Syiah Imamiyah sebagai kolumnis khas 
di lidah resmi mereka. Tokoh utama mereka mempunyai pendirian yang cukup tegas 
dan jelas tentang Syiah Imamiyah. 
  Dan patutlah di kalangan kita ada Syiah Imamiyah. Ada gang-gang pro Syiah 
Imamiyah! 
  Dengarkan pula syarahan tentang Syiah yang diambil dari website mereka:       
 
  Get your own playlist at snapdrive.net! 
  MP3 di atas didownload dari salah sebuah website resmi PKS: 
  http://www.pks-anz.org/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=341 
  Malang.. Harapan umat ini akan musnah. Aqidah umat ini sedikit demi sedikit 
terhakis kerana sikap pengecutnya kita dengan golongan Syiah Imamiyah. 

       
---------------------------------
Get the free Yahoo! toolbar and rest assured with the added security of spyware 
protection. 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke