Dengan tajuk di atas seperti pakdo nak tulis berita. Sebetulnya pakdo tak
berapa pandai nak tulis berita jadi kenalah pakdo tulis dalam bentuk
catatan dari perasaan pakdo sahaja untuk saing-saing pakdo baca semuanya.

Dua tiga hari lepas pakdo pergi ke Hospital Daerah Tumpat di Kelaboran
untuk menziarah salah seorang saing pakdo yang masuk hospital kerana
penyakit yang belum pakdo tahu apakah namanya.

Semasa berada di wad mawar (kalu tak silap pakdo) wad lelaki yang paling
hujung. Saing pakdo yang berada di situ beritahu di hujung kakinya ada
seorang lelaki yang telah dimasukkan ke wad itu sejak dua minggu lalu
setelah hampir empat bulan dimasukkan ke wad di Kota Bharu.

Lelaki itu berumur dalam lingkungan 40 an atau 50-an , tapi tak pasti
kerana tiada sebarang pengenalan diri. Khabarnya lelaki ini telah
tercedera teruk dalam kemalangan jalan raya di Wakaf Bharu.

Sepanjang masa itu pihak hospital khabarnya telah mencari waris lelaki itu
tapi hingga ke hari ini tidak seorang pun waris yang tampil.


Ada andaian mengatakan lelaki ini adalah rakyat asing atau bukan orang
tempatan, tapi itu andaian saya .


Pakdo sempat tengok orang itu, wajahnya begitu cengkung dan tidak dapat
mengeluarkan sebarang kata-kata.

Pakdo rasa kesian juga, tapi apa yang pakdo boleh buat selebih daripada itu.




Hormat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke