PESISIR Kehilangan Sebutir Permata dipetik daripada: www.tintarona.blogspot.com Satu kejutan telah saya terima pada awal pagi Sabtu, 14 Julai 2007 lewat SMS daripada saudara Edi Ramlee. Pemergian yang tidak disangka, langsung tidak terduga dan benar-benar membuatkan saya berteleku seketika. Saudara Khaufi Rajaei atau nama sebenar Mohd Sukari Ab. Rahman telah kembali ke rahmatullah ketika semangat dan cita-cita dalam penulisannya sedang marak membara. Saya merasa satu kehilangan yang besar. Sebalik pemergian beliau, satu kenangan sempat ditinggalkan dalam memori bersama saya di Pesisir. Alhamdullilah saya di Tintarona sempat menerbitkan novel pertama beliau yang berjudul ' Selamat Tinggal Semalam'. Meskipun pada awalnya manuskrip tersebut telah dipulangkan kepada beliau dan saya mengharapkan beberapa pembaikan, syukur Alhamdullilah ... atas semangat dan ketekunan beliau yang tinggi manuskrip tersebut berjaya juga disiapkan dan dikembalikan kepada pihak Tintarona. Sebelum sempat karya beliau yang kedua dan seterusnya saya tanggani, beliau telah pergi menyahut seruan Ilahi. Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Insya-Allah. Saya difahamkan allahyarham meninggal dunia di Hospital Daerah Gua Musang , kelantan pada pukul 11.30 malam 13 Julai 2007 dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Khalijah Ishak dan 7 orang anak (6 perempuan dan seorang lelaki). al-FATIHAH p/s: Mohon kerjasama rakan-rakan di Pesisir untuk dapatkan contact untuk urusan penukaran kontrak penerbitan daripada waris-waris terdekat allahyarham. ______________________________ RMN: Sdr Ku Seman (Utusan) kini dirawat di Hospital PUSRAWI KL setelah mengadu sesak nafas pada sabtu lalu. Kita doakan semoga beliau cepat sembuh...InsyaAllah.
Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.tintarona.blogspot.com -- We've Got Your Name at http://www.mail.com! Get a FREE E-mail Account Today - Choose From 100+ Domains [Non-text portions of this message have been removed]
