Saya juga bagi pihak persatuan Teknologi Maklumat Tumpat (PERINTIS) dan
secara tak langsung mewakili persatuan Penulis Tumpat (PESISIR)ucapkan
terima kasih kerana mengundang kami. Saya sangat hargai undangan dan
kursus yang diadakan tersebut, kalu ada kursus lagi sudilah jemput kami
untuk turut sama ikuti kursus tersebut.

Sdr. Ryuzaki .

Sebagai pengenalan
pada hari kursus tersebut kalau nak tahu yang mana saya. Hari tu saya
pakai baju batik (duduk di kerusi baris kedua depan ) dan sering bangun
untuk ambil gambar kursus. Sekali sekala ke depan untuk ambil gambar
pegawai yang berucap. Kena ambil dari jarak dekat kerana kamera tak berapa
elok untuk zoom.

Saya bercadang untuk muatkan gambar-gambar yang dirakamkan pada hari
kursus tersebut ke laman web.

Tentang kursus yang dianjurkan oleh pihak ROS tempoh hari, bagi saya ianya
sungguh bermanfaat.

Ia dapat memperingatkan semula kepada pertubuhan-pertubuhan berdaftar agar
menghantar laporan tahunan. Itu sangat penting untuk pertubuhan. Kalau
pertubuhan itu aktif dan setiap hari buat aktiviti sekali pun, kalu tak
hantar penyata tahunan kepada pendaftar pertubuhan , bermakna persatuan
tersebut boleh dikira sebagai tidak aktif jugalah.


Tugas-tugas jawatankuasa utama sangat penting, terutamanya setiausaha,
pengerusi dan bendahari agar perjalanan persatuan sentiasa di atas
landasan yang betul tidak menyalahi perlembagaan persatuan dan
undang-undang negara.


Untuk menjayakan kerja-kerja sukarela ni , sememangnya memerlukan
kesabaran yang tinggi dan tidak memikirkan kepentingan peribadi. Kekuatan
keazaman untuk matlamat untuk kesejahteraan umat adalah diperlukan.


Pada hari kursus tu, saya sangat terharu melihat 2 pemimpin persatuan yang
punyai kekuatan yang mungkin tidak ada kepada saya. persatuan itu ialah
persatuan insan kurang upaya dan persatuan Cina Muslim Kelantan.

Saya lihat mereka sungguh hebat, Pemimpin persatuan Insan kurang upaya
(nama persatuan saya kurang ingat) hadir 3 orang. Mereka dengan begitu
cekal naik ke tempat kursus yang mana sepatutnya mereka dibantu. Mereka
berjalan dengan gagahnya, walaupun sepatutnya mereka tidak segagah itu.

Satu lagi bila program berakhir kira-kira 4 petang, ketika orang lain
keluar untuk minum petang , saya lihat ketiga pemimpin tersebut masih
berada di kerusi. Mereka ditemani seorang pemimpin persatuan yang juga
bagi saya sangat unggul. Siapakah beliau, saya tidak kenal secara
peribadi, tapi saya tahu beliau adalah salah seorang pemimpin persatuan
Cina Muslim Kelantan.

Dia duduk di depan ketiga-tiga pemimpin OKU tadi, dia berbincang sesuatu
dan sempat saya dengar perkataan, "kami akan cuba bantu dengan apa yang
kami mampu"


Saya percaya, pemimpin-pemimpin persatuan sukarela adalah mereka yang
hebat kerana sanggup mengorbankan masa rehat mereka untuk berbakti kepada
masyarakat.



Edi




> saya wakil ROS kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara
> ediramli dan para peserta yang menghadiri kursus pemgurusan pertubuhan
> anjuran ROS kelantan. Kursus seperti ini diadakan bertujuan untuk
> memberi pendedaham kepada persatuan bagaimana menguruskan persatuan
> secara lebih berkualiti serta juga untuk mendekatkan lagi jabatan ini
> dengan persatuan.
>
>



Kirim email ke