--- In [email protected], "Ediramle Ismail" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Saya juga bagi pihak persatuan Teknologi Maklumat Tumpat (PERINTIS) dan > secara tak langsung mewakili persatuan Penulis Tumpat (PESISIR) ucapkan > terima kasih kerana mengundang kami. Saya sangat hargai undangan dan > kursus yang diadakan tersebut, kalu ada kursus lagi sudilah jemput kami > untuk turut sama ikuti kursus tersebut. > > Sdr. Ryuzaki . > > Sebagai pengenalan > pada hari kursus tersebut kalau nak tahu yang mana saya. Hari tu saya > pakai baju batik (duduk di kerusi baris kedua depan ) dan sering bangun > untuk ambil gambar kursus. Sekali sekala ke depan untuk ambil gambar > pegawai yang berucap. Kena ambil dari jarak dekat kerana kamera tak berapa > elok untuk zoom. > > Saya bercadang untuk muatkan gambar-gambar yang dirakamkan pada hari > kursus tersebut ke laman web. > > Tentang kursus yang dianjurkan oleh pihak ROS tempoh hari, bagi saya ianya > sungguh bermanfaat. > > Ia dapat memperingatkan semula kepada pertubuhan-pertubuhan berdaftar agar > menghantar laporan tahunan. Itu sangat penting untuk pertubuhan. Kalau > pertubuhan itu aktif dan setiap hari buat aktiviti sekali pun, kalu tak > hantar penyata tahunan kepada pendaftar pertubuhan , bermakna persatuan > tersebut boleh dikira sebagai tidak aktif jugalah. > > > Tugas-tugas jawatankuasa utama sangat penting, terutamanya setiausaha, > pengerusi dan bendahari agar perjalanan persatuan sentiasa di atas > landasan yang betul tidak menyalahi perlembagaan persatuan dan > undang-undang negara. > > > Untuk menjayakan kerja-kerja sukarela ni , sememangnya memerlukan > kesabaran yang tinggi dan tidak memikirkan kepentingan peribadi. Kekuatan > keazaman untuk matlamat untuk kesejahteraan umat adalah diperlukan. > > > Pada hari kursus tu, saya sangat terharu melihat 2 pemimpin persatuan yang > punyai kekuatan yang mungkin tidak ada kepada saya. persatuan itu ialah > persatuan insan kurang upaya dan persatuan Cina Muslim Kelantan. > > Saya lihat mereka sungguh hebat, Pemimpin persatuan Insan kurang upaya > (nama persatuan saya kurang ingat) hadir 3 orang. Mereka dengan begitu > cekal naik ke tempat kursus yang mana sepatutnya mereka dibantu. Mereka > berjalan dengan gagahnya, walaupun sepatutnya mereka tidak segagah itu. > > Satu lagi bila program berakhir kira-kira 4 petang, ketika orang lain > keluar untuk minum petang , saya lihat ketiga pemimpin tersebut masih > berada di kerusi. Mereka ditemani seorang pemimpin persatuan yang juga > bagi saya sangat unggul. Siapakah beliau, saya tidak kenal secara > peribadi, tapi saya tahu beliau adalah salah seorang pemimpin persatuan > Cina Muslim Kelantan. > > Dia duduk di depan ketiga-tiga pemimpin OKU tadi, dia berbincang sesuatu > dan sempat saya dengar perkataan, "kami akan cuba bantu dengan apa yang > kami mampu" > > > Saya percaya, pemimpin-pemimpin persatuan sukarela adalah mereka yang > hebat kerana sanggup mengorbankan masa rehat mereka untuk berbakti kepada > masyarakat. > > > > Edi > > > > > > saya wakil ROS kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara > > ediramli dan para peserta yang menghadiri kursus pemgurusan pertubuhan > > anjuran ROS kelantan. Kursus seperti ini diadakan bertujuan untuk > > memberi pendedaham kepada persatuan bagaimana menguruskan persatuan > > secara lebih berkualiti serta juga untuk mendekatkan lagi jabatan ini > > dengan persatuan. > > > >
Sdra Edi..Nmpknya saya mcm prasan saudara. kalau nak tahu saya yg mjga slide dok kat meja laptop. Untuk pengetahuan kursus spti ini diadakan setiap tahun. ini telah ditetapkan dalm takwim jabatan. >
