Sila sebarkan, fotostat dan tampal di masjid, surau, tempat kerja, sekolah dan 
lain2 tempat. 
   
  Baik juga dibuat risalah A4 yang boleh lipat 3. Tapi kena ringkaskan 
sikitlah.. 
   
  
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=72
   
  Siapa Lelaki Dayus ? 
  Oleh 
  Zaharuddin Abd Rahman 
  www.zaharuddin.net 
  
  Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya 
juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya 
nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, 
tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat 
berkaitan dengannya. 
  
  Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan 
anak-anak perempuan mereka. 
  
  Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami 
dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan 
ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki 
dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga. 
  
  Nabi SAW bersabda :- 
  
  ËáÇËÉ áÇ íäÙÑ Çááå ÚÒ æÌá Åáíåã íæã ÇáÞíÇãÉ: ÇáÚÇÞ áæÇáÏíå¡ æÇáãÊÑÌáÉ¡ 
æÇáÏíæË. ÑæÇå ÃÍãÏ æÇáäÓÇÆí 
  Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan 
dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si 
perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & 
An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 ) 
  
  Dalam sebuah hadith lain pula : 
   ËáÇËÉñ ÞÏ ÍóÑøãó Çááåõ - ÊóÈóÇÑóßó æóÊóÚóÇáóì - Úáíåã ÇáÌäÉó : ãõÏúãöäõ 
ÇáÎãÑ ¡ æÇáÚÇÞø ¡ æÇáÏøíøæËõ ÇáÐí íõÞöÑøõ Ýí Ãóåúáöåö ÇáÎõÈúËó . ÑæÇå ÃÍãÏ 
æÇáäÓÇÆí . 
  Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih 
arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat 
dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad ) 
  
  Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua 
hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus? 
  
  
  
  ERTI DAYUS 
  
  Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain 
iaitu :- 
  
  
  1)     Sabda Nabi : - 
  æÚä ÚãÇÑ Èä íÇÓÑ Úä ÑÓæá Çááå ÞÇá ËáÇËÉ áÇ íÏÎáæä ÇáÌäÉ ÃÈÏÇ ÇáÏíæË æÇáÑÌáÉ 
ãä ÇáäÓÇÁ æÇáãÏãä ÇáÎãÑ ÞÇáæÇ íÇ ÑÓæá Çááå ÃãÇ ÇáãÏãä ÇáÎãÑ ÝÞÏ ÚÑÝäÇå ÝãÇ 
ÇáÏíæË ÞÇá ÇáÐí áÇ íÈÇáí ãä ÏÎá Úáì Ãåáå 
  Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW 
berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, 
si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat 
berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, 
tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN 
SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat 
At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat) 
  
  
  Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si 
suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa 
isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja 
isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki 
lain. 
   
  2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat 
tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:- 
  
  ÞÇáæÇ íÇ ÑÓæá Çááå æãÇ ÇáÏíæË ÞÇá ãä íÞÑ ÇáÓæÁ Ýí Ãåáå 
  
  Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( 
lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan 
oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)  
  
  Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus 
  
  Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah 
seperti berikut :- 
  
  åæ ÇáÐí áÇ íÛÇÑ Úáì Ãåáå 
  Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap 
ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150) 
  
  Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 
) 
  
  Berkata pula An-Nuhas : 
  
  ÞÇá ÇáäÍÇÓ åæ Ãä íÍãí ÇáÑÌá ÒæÌÊå æÛíÑåÇ ãä ÞÑÇÈÊå æíãäÚ Ãä íÏÎá Úáíåä Ãæ 
íÑÇåä ÛíÑ Ðí ãÍÑã 
  Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu 
melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) 
oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357) 
  
  Disebut dalam kitab Faidhul Qadir : 
  ÝßÃä ÇáÏíæË Ðáá ÍÊì ÑÃì ÇáãäßÑ ÈÃåáå ÝáÇ íÛíÑå 
  Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si 
lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan 
ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 ) 
  
  
  Imam Az-Zahabi pula berkata :- 
  
  Ýãä ßÇä íÙä ÈÃåáå ÇáÝÇÍÔÉ æíÊÛÇÝá áãÍÈÊå ÝíåÇ Ýåæ Ïæä ãä íÚÑÓ ÚáíåÇ æáÇ ÎíÑ 
Ýíãä áÇ ÛíÑÉ Ýíå 
  Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa 
isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana 
CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada 
kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 ) 
  
  Imam Ibn Qayyim pula berkata :- 
  ÞÇá ÇÈä ÇáÞíã æÐßÑ ÇáÏíæË Ýí åÐÇ æãÇ ÞÈáå íÏá Úáì Ãä ÃÕá ÇáÏíä ÇáÛíÑÉ ãä áÇ 
ÛíÑÉ áå áÇ Ïíä áå ÝÇáÛíÑÉ ÊÍãí ÇáÞáÈ ÝÊÍãì áå ÇáÌæÇÑÍ ÝÊÑÝÚ ÇáÓæÁ æÇáÝæÇÍÔ 
æÚÏãåÇ íãíÊ ÇáÞáÈ ÝÊãæÊ ÇáÌæÇÑÍ ÝáÇ íÈÞì ÚäÏåÇ ÏÝÚ ÇáÈÊÉ 
  Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat 
(protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang 
tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan 
cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan 
dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota 
( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak 
kejahatan dan menghindarkannya sama sekali. 
  
  Dayus adalah dosa besar 
  
  Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa 
besar, sehingga disebutkan dalam satu athar : 
  
  áóÚóäó Çááøóåõ ÇáÏøóíøõæËó ( æóÇááøóÚúäõ ãöäú ÚóáóÇãóÇÊö ÇáúßóÈöíÑóÉö 
ÝóáöåóÐóÇ æóÌóÈó ÇáúÝöÑóÇÞõ æóÍóÑõãóÊú ÇáúÚöÔúÑóÉõ) 
  Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa 
besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan 
diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 ) 
  
  Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup 
untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki 
ini. 
  
  Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang 
erti dayus dan istilah yang hampir dengannya : 
  
  æÇáÞæÇÏ ÚäÏ ÇáÚÇãÉ ÇáÓãÓÇÑ Ýí ÇáÒäì 
  Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di 
sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul 
tolibin, 8/186 ) 
  
  
  Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :- 
  
  ÇáÏíæË æåæ ÇáÐí íÚáã ÈÇáÝÇÍÔÉ Ýí Ãåáå æíÓßÊ æáÇ íÛÇÑ ææÑÏ ÃíÖÇ Ãä ãä æÖÚ íÏå 
Úáì ÇãÑÃÉ áÇ ÊÍá áå ÈÔåæÉ 
  Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh 
ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), 
dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada 
seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 ) 
  
  Cemburu Dituntut Islam  & Jangan Marah 
  
  Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta 
memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini 
menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang 
melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat 
kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami 
akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri. 
  
  Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam 
dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang 
subur imannya. 
  Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana 
suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah 
kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, 
isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya. 
  Nabi SAW bersabda : 
  ãä ÓÚÇÏÉ ÇÈä ÂÏã ÇáãÑÃÉ ÇáÕÇáÍÉ  
  Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah 
( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 ) 
  Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di 
zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. 
Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya 
menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin 
mengetahui cara bertawbat. 
  'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin  
  Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak  dan membiarkannya, ia 
dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 
'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa 
tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar 
apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga 
dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula. 
  Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari 
melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada 
anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan 
terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!! 
  Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri 
mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda. 
  Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan 
lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang 
ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat 
akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata. 
  
  "habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?" 
  
  Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung 
jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye. 
  
  Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah 
dan kehormatan isteri dan anak-anaknya. 
  
  Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi 
  
  ÞóÇáó ÓóÚúÏõ Èúäõ ÚõÈóÇÏóÉó : áóæú ÑóÃóíúÊõ ÑóÌõáÇð ãóÚó ÇãúÑóÃóÊöí 
áóÖóÑóÈúÊõåõ ÈöÇáÓøíúÝö ÛóíúÑõ ãõÕúÝöÍò Úóäúåõ ¡ ÝóÈóáóÛó Ðóáößó ÑóÓõæáó Çááøåö 
Õáì Çááå Úáíå Úáì Âáå æÓáã ÝóÞóÇáó : ÃóÊóÚúÌóÈõæäó ãöäú ÛóíúÑóÉö ÓóÚúÏò ¿ Ýóæó 
Çááå áÃóäóÇ ÃóÛúíóÑõ ãöäúåõ ¡ æóÇááå ÃóÛúíóÑõ ãöäøí ¡ ãöäú ÃóÌúáö ÛóíúÑóÉö Çááå 
ÍóÑøãó ÇáúÝóæóÇÍöÔó ãóÇ ÙóåóÑó ãöäúåóÇ æóãóÇ ÈóØóä. 


  Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang 
sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka 
disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : 
"Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad 
? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) 
berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah 
itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( 
Riwayat Al-Bukhari & Muslim ) 
  
  Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat 
protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan 
mungkar, khasnya zina. 
  
  BILA LELAKI MENJADI DAYUS? 
  
  Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS 
apabila :- 
  1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki 
lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. 
  2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama 
dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang 
menghantar. 
  3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat 
(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang 
menyebabkan aurat terlihat. 
  4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman 
lelaki bukan mahramnya. 
  5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah 
kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami. 
  6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri 
memakai pakaian yang seksi di luar rumah. 
  7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz 
dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan 
manusia bukan mahram. 
  8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan 
lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa 
berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali. 
  9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan 
sempurna. 
  10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab 
yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang 
sepertinya. 
  11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa 
terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. 
  12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki 
sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. 
  13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat 
tanpa sebarang cemburu. 
  14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa 
sebarang pemerhatian. 
  
  Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya 
akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau 
anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, 
suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya. 
  Mungkin kita akan berkata dalam hati :- 
  
  " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku" 
  
  Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah 
satu yang disebut tadi. 
  
  Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa 
besar ini. 
  
  Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa 
anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang 
untuk ke syurga Allah SWT. 
  
  Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api 
neraka. 
  
  Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu 
walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda : 
  ãä ÞÊá Ïæä Ãåáå Ýåæ ÔåíÏ 
  Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli 
keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh 
Syuaib Arnout) 
  
  Sekian 
  
  Zaharuddin Abd Rahman 
  http://www.zaharuddin.net/ 
  17 Julai 2007 
  
  p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi 
manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

       
---------------------------------
Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect.  Join Yahoo!'s user panel 
and lay it on us.

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke