Selamat berpuasa diucapkan kepada semua umat Islam di mana saja berada. Semoga segala amalan baik dipertingkatkan tahun ini.
Tahniah diucapkan kepada semua warga kampung kediaman saya Kok Pasir, Tumpat kerana muncul sebagai juara (Tempat Pertama) dalam pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat Daerah Tumpat dan dalam pertandingan Keceriaan Kampung (PKK) peringkat daerah Tumpat juga mendapat tempat pertama(Juga sebagai Juara). Penilaian ini anjuran KEMAS. 7 aspek dengan beberapa pecahan aspek termasuk aspek ICT dinilai dalam ADC dan 5 Aspek dinilai untuk Pertandingan Keceriaan Kampung (PKK) bagi melayakkan sesebuah kampung memenangi pertandingan ini. Memandangkan Aspek ekonomi masih ada masalah, kami cuba tampilkan aspek tenaga manusia untuk mengatasi kampung-kampung yang lebih mantap seperti Kg. Morak yang lebih banyak produk. Dengan munculnya sebagai juara dikedua-dua pertandingan ini diharapkan semua warga akan terus berusaha untuk mempertingkatkan usaha ke arah yang lebih cemerlang lagi bukan sahaja untuk penilaian peringkat daerah malah mampu bersaing di peringkat negeri pula yang akan diadakan pada Oktober akan datang. Kemenangan ini sebagai hadiah kepada semua penduduk sempena menyambut kedatangan Ramadhan. Diharapkan kita cemerlang dalam pelbagai sudut . Biar kita ceria jasmani dan ceria rohani. http://adctumpat.kokpasir.com/ http://www.kokpasir.com Selamat berpuasa. Ediramle Ismail PICTKP. Pusat ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
