Terima kasih. Nama puan turut tercatat dalam profil kampung Kok Pasir sebagai salah seorang yang berjaya dalam bidang akademik.
Kejayaan dalam ADC (Anugerah Desa Cemerlang) , PKK (Pertandingan Keceriaan Kampung) , KRT (Kawasan Rukun Tetangga melalui pertandingan kereta berhias) dan Anugerah Belia (GB4B) tahun ini yang menjuarai semua penilaian peringkat Daerah Tumpat yang disertai tahun ini mengambarkan di sini masih wujud semangat kerjasama dan bantu-membantu antara sesama masyarakat, biarpun kita tidak boleh mengharapkan kerjasama daripada seratus peratus penduduk yang tinggal di sini. Antara pertandingan yang disertai ADC yang paling sukar kerana penilaiannya membabitkan segenap aspek yang ada. Kalau dulu orang panggil kampung cantik. Sekarang ni, tidak memadai dengan cantik sahaja, tapi ia perlu bersih dan ada sesuatu. Sesuatu itu tidak lain melainkan semangat kesukarelaan dan semangat kerjasama antara masyarakat. Kita belum mencapai apa-apa kejayaan di peringkat Negeri Kelantan, memandangkan beberapa kekurangan masih belum diselesaikan yang disedari dan difikirkan. Tapi kita akan terus berusaha untuk itu. Selain itu tahun ini tercatat juga beberapa peristiwa hitam yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila oleh sebahagian penduduk kampung. Mulai tahun ini apa yang saya perhatikan, penglibatan golongan muda dalam bersama berusaha mewujudkan nama baik kampung mula meningkat. Diharapkan golongan muda yang suatu masa nanti mewarisi golongan yang lebih dewasa hari ini akan lebih kuat keazaman mereka berusaha untuk sesuatu yang baik. Ediramle 12 September 2007 Tahniah! Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kampung Kok Pasir di atas kemenangan dalam pertandingan ADC dan PKK peringkat daerah Tumpat. Dari kejauhan, saya turut merasa bangga kerana daerah kelahiran saya diiktiraf sebagai desa yang cemerlang. Ucapan tahniah khusus ditujukan kepada petugas-petugas ICT khususnya, dan tenaga kerja lainnya yang memainkan peranan masing-masing sehingga berhasil meletakkan nama kampung kita sebagai pemenang. Tahniah dan syabas! Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam, khususnya kepada warga Kampung Kok Pasir, dan warga PESISIR! Selamat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan al-Mubarak. Wassalam. Haryatie Ab.Rahman UM Quoting Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>: > Selamat berpuasa diucapkan kepada semua umat Islam di mana saja berada. > Semoga segala amalan baik dipertingkatkan tahun ini. > > Tahniah diucapkan kepada semua warga kampung kediaman saya Kok Pasir, > Tumpat kerana muncul sebagai juara (Tempat Pertama) dalam pertandingan > Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat Daerah Tumpat dan dalam > pertandingan Keceriaan Kampung (PKK) peringkat daerah Tumpat juga > mendapat > tempat pertama(Juga sebagai Juara). Penilaian ini anjuran KEMAS. > > 7 aspek dengan beberapa pecahan aspek termasuk aspek ICT dinilai dalam > ADC > dan 5 Aspek dinilai untuk Pertandingan Keceriaan Kampung (PKK) bagi > melayakkan sesebuah kampung memenangi pertandingan ini. > > Memandangkan Aspek ekonomi masih ada masalah, kami cuba tampilkan aspek > tenaga manusia untuk mengatasi kampung-kampung yang lebih mantap seperti > Kg. Morak yang lebih banyak produk. > > Dengan munculnya sebagai juara dikedua-dua pertandingan ini diharapkan > semua warga akan terus berusaha untuk mempertingkatkan usaha ke arah > yang > lebih cemerlang lagi bukan sahaja untuk penilaian peringkat daerah malah > mampu bersaing di peringkat negeri pula yang akan diadakan pada Oktober > akan datang. > > Kemenangan ini sebagai hadiah kepada semua penduduk sempena menyambut > kedatangan Ramadhan. Diharapkan kita cemerlang dalam pelbagai sudut . > Biar > kita ceria jasmani dan ceria rohani. > > > http://adctumpat.kokpasir.com/ > > http://www.kokpasir.com > > > Selamat berpuasa. > > Ediramle Ismail > PICTKP. > Pusat ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. > http://www.pesisir.net http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links Ediramle Ismail Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
