Anugerah Desa Cemerlang Negeri Kelantan 2007.

Sejumlah 10 Kampung dari 10 Daerah yang masuk bertanding.


Jadual Lawatan Panel Hakim Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri
Kelantan 2007


1.  23 Okt - RKT KESEDAR Paloh 3 - Gua Musang
2.  24 Okt - Kg Sungai Rek  - Kuala Krai
3.  25 Okt - Kg. Bukit Jering - Jeli
4.  28 Okt - Kg. Kelisar - Tanah Merah.
5.  29 Okt - Kg. Kemunchup - Machang
6.  30 Okt - Kg. Sungai Petai - Pasir Putih
7.  4 Nov  -  Kg. Kuchelong - Bachok
8.  5 Nov  -  Kg. Kok Pasir  - Tumpat
9.  7 Nov  -  Kg. Kubang Panjang - Pasir Mas
10. 8 Nov - Kg Pak rahmat - Kota Bharu.

Seramai 8 orang panel penilai yang terdiri daripada aspek-aspek yang
ditetapkan akan menilai kampung-kampung yang bertanding.


Aspek-aspek yang diberi penekanan dalam penilaian sesebuah kampung di
bawah program ini :

    * Kepimpinan - Kegiatan Institusi Pertubuhan  -  25 %
    * Pendidikan  -  20%
    * Ekonomi - termasuk pertanian, perikanan, ternakan, sumber kekayaan
baru, perniagaan, perindustrian, pelancongan.  15%
    * Keindahan dan Keceriaan.         10 %
    * Kebersihan dan Kesihatan         10%
    * Aktiviti Rohaniah dan Sivik      10%
    * Teknologi Maklumat & Komunikasi  10%


Kampung yang mendapat markah tertinggi akan dinobatkan sebagai juara baik
di peringkat daerah atau negeri atau peringkat kembngsaan.


Pertandingan ini dikendalikan oleh kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah .


Siapa yang menyertai?

Kampung-kampung yang menyertai pertandingan ini adalah kampung di Bawah
GDW (Gerakan Daya Wawasan) - di Tumpat terdapat 28 kampung yang menyertai
GDW.


"Daripada 108 kampung seluruh negeri yang ditinjau jawatankuasa bagi
program ADC tahun ini, hanya 44 yang layak menyertainya dan 10 kampung
muncul juara di jajahan masing-masing untuk bersaing di peringkat negeri,"

Program ADC yang memasuki edisi ke-10, berlangsung secara dwitahunan,
dulunya dikenali sebagai Pertandingan Kampung dianjurkan Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

ADC diadakan 2 tahun sekali - Peringkat daerah dan Negeri - 2007 dan
peringkat kebangsaan 2008.


Sejarah Pertandingan ADC Kok Pasir.

2003 - Peringkat Daerah - Johan
     - Peringkat Negeri - Saguhati

2005 - Peringkat Daerah - Johan
     - Peringkat Negeri   Saguhati

2007 - Peringkat Daerah - Johan
     - Peringkat Negeri - Masih di peringkat pengadilan.


Selain memenangi ADC 3 tahun berturut-turut di peringkat daerah, GDW Kok
Pasir juga telah memenangi Pertandingan Keceriaan Kampung 2 kali.

2003 dan 2007.  2005 Kok Pasir beri laluan kepada kampung lain di Tumpat.


- Semoga kami boleh menang ADC peringkat negeri untuk tahun 2007.


Hadiah.

Peringkat daerah Johan - RM 4,000.00
Peringkat negeri Johan - RM ?,000.00


Hadiah yang lebih besar adalah semangat perpaduan dan kerjasama antara
masyarakat dan aktiviti ini dapat merangsang penduduk kampung untuk
memajukan diri sendiri, keluarga , kampung, negeri, negara, bangsa dan
paling penting sekali agama.



Ediramle Ismail
Pengerusi Aspek ICT GDW Kok Pasir 2007

Kirim email ke