Gok tu sebutan orang di sini untuk sejenis bangunan tempat batu bata di susun (diisi) dengan kaedah tertentu bertujuan untuk dibakar supaya tanah liat menjadi (masak) bertukar kepada warna merah bata . Proses pembakaran ini memakan masa sekitar 7 hari (siang dan Malam) sesebuah gok boleh memuatkan kira-kira 4 atau 5 laksa (setiap selaksa sepuluh ribu) tongkol (Ketul) bato .
Bangunan gok ini diperbuat daripada batu bata yang diikat (dan dipelas) dengan menggunakan selut (tanah) cair bercampur pasir (pasir mengikat) atapnya selalunya digunakan atap sagu atau atap nipah. Tapi sekarangni ada yang guna atap asbestos atau atau zink. Proses pembuatan Batu-bata ada sedikit perbezaan antara dulu dan sekarang . Dulu. Bata buatan tangan. Tokeh bata cari pekerja mahir untuk buat batu bata tangan. Pekerja itu pada setiap awal tahun akan mencari agak banyak pelepah kelapa yang luruh untuk dibuat rang dan untuk menudung bata yang dijemur . Biasanya kuli batu bata bekerja suami isteri dan anak-anak. Proses dimulakan dengan menyangkul tanah liat dan membancuhnya dengan air sehingga betul-betul sebati. Kemudian setelah bancuhan menggunakan cok cangkul. Tanah yang telah diproses itu dilemparkan (dihimpunkan) membentuk sebuah pusu besar dan ditudung dengan pelepah kelapa. Tanah yang disebut tahi tanah itu kemudiannya dipunggah dengan memikulnya ke adas ku'da (sejenis meja) . Tanah itu diletakkan agak banyak sehingga kelihatan membusut. Tahi tanah itu kemudiannya di katak (proses menghentak tahi tanah ke dalam sarang) kemudian di toreh dengan menggunakan baul dawai ( baul dawai ini sejenis alat untuk memotong bahagian lebihan tanah dari sarang bata itu). Dibahagian bawah dilapik pelapik bertumbung untuk mewujud lekuk dan cop nama pembuat atau tokeh bata tersebut. Setelah dikatak , dan dipotong bata bersama sarangnya di bawa ke medan untuk dijemur mengikut susunan barisan yang betul. Bata itu dijemur dalam sehari dua supaya keras sebelum disusun pada batasnya . Beberapa hari kemudian setelah bata mentah itu kering dan keras ia mula dipunggah (angkut bata) Punggah masuk gok ni dilakukan dengan pelbagai cara. Orang perempuan selalunya menjunjung dengan melapik kain dan papan di kepalanya. ada yang pungguh 12 tongkol sekali dibawa masuk ke gok dan ada yang pungguh 10 atau lebih , mengikut kemampuan mereka. Lelaki pula menggunakan kenaran (kandaran) selalunya sepuluh tongkol sebelah atau 20 biji sekala kandar. Angkut bata masuk gok juga diupah mengikut kiraan ratus, ada 50 sen seratus ada 40 sen dan ada yang lebih atau yang kurang daripadanya bergantung kepada jauh atau dekat bata itu dipunggah daripada gok. Setelah dipunggah masuk, ada dua orang yang mengisi bata itu mengikut susunan supaya dapat membentuk lubang untuk pembakaran. Tukang bakar bata dan susun bata dalam gok (mengisi) kena pakar dalam kerjanya baru bata yang dibakar masak keseluruhan tidak ada yang mentah atau yang terlalu masak. Setelah diisi dalam gok, dan penuh sampai bahagian atas. bata itu dilayur dengan menggunakan api yang perlahan sekitar 2 hari sebelum ia dibakar dengan api yang lebih besar selelunaya mengggunakan batang kayu getah dan kayu selinat . Setelah sekitar 7 hari dibakar sepanjang masa. Bata itu masak. Lubang pintu tempat pembakaran - dalam sebuah gok ada yang 4 lubang , ada yang lima lubang ini bergantung kepada saiz gok tersebut. Dua tiga hari selepas bata disejukkan. Proses angkut bata buat tubit (buat keluar) gok . Ketika ini ramai kanan-kanak yang kerja angkut bata dengan menyusunnya dalam turus-turus dan dibayar mengikut ratus. Bata yang disusun dalam turus kemudiannya diangkut dengan menggunakan van bodi kayu untuk dihantar kepada pembeli. Cara sekarang. Bata Mesin. Tanah diproses dengan case. dikumpulkan membukit. pekerja memasukkan tanah ke dalam mesin. keluar beberapa ketul sekali proses. susun dan angkut menggunakan troli atau kereta sorong paras rata. Dijemur sehingga kering dan kemudiannya dipunggah menggunakan kereta sorong ke dalam gok. Proses pembakaran agak sama dengan cara bata tangan dulu juga. Cara buat tubit bata. lori sedia menadah di muka pintu gok untuk dihantar kepada pembeli. Ediramle Gok-gok batu bata tu apa?apa yang dimaksudkan gok-gok tu? From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of Ediramle Ismail Sent: Monday, November 12, 2007 12:19 PM To: [EMAIL PROTECTED]; [email protected]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED] Subject: { Kelantan-Kita } Antara Kok Keli dan Kok Pasir Kok Keli tu dah dekat benar dengan kampung saya di Kok Pasir. Kampung berjiran yang banyak membantu Kok Pasir dalam pelbagai Aktiviti. Beberapa perkara yang menarik di Kok Keli. - Get Kok Keli. - Seakan sebuah tempat rehat yang mententeramkan. - Kem Pengakap Kok Keli. - Terdapat lebih sepuluh rumah yang masih menjalankan usaha tenunan kain songket secara tradisional. - Etak Kok Keli - Etak yang lazat. - Pusat Sumber Kok Keli. - Masjid Kok Keli yang banyak aktiviti keagamaan. - Baruh padi yang agak luas. - Sungai Kok Keli yang indah dipandang. Beberapa perkara yang menarik di Kok Pasir - Suluk Tok Selehor - Khazanah Penting yang sukar ditemui di tempat lain. Dikhabarkan suluk (yang asal) hanya ada 3 buah di dunia , 1 di Acheh, 1 di Maghribi dan 1 di Kok Pasir (Selehor). - Wakaf Tok Selehor - Perigi Tok Selehor - Pondok Darul Hanan. - Masjid Tok Selehor. - Sungai Selehor yang indah. - Kampung Ceria dan berorganisasi. - Gok-gok batu-bata yang terbesar di daerah Tumpat. - Bendang padi yang bersempadan dengan Morak. - Medan Infodesa yang hampir siap. Ediramle Ismail [Non-text portions of this message have been removed] Ediramle Ismail Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
