Sdr. Emzek, Kok Pasir begitu memerlukan tenaga daripada orang-orang seperti sdr. Ada beberapa tugas yang boleh diserahkan dan bersesuaian terutama dalam ICT dan Pendidikan.
Hidup sekampung kalau berorganisasi akan menjadi cukup seronok dan bererti. Satu antara kelebihan di kok pasir, warganya boleh menerima sesiapa sahaja orang baru dan tidak membezakannya dengan penduduk asal. - Sdr. Wazam, Memang benar, kalau warga egroup datang ke kok pasir, bolehlah singgah di kedai zahar, minum tuak manis dan goreng pisang dan kalau boleh hubungi saya kalu saya ada di kampung boleh tumpang sekali. Kepada ahli egroup dan AJK Perintis, jangan lupa perjumpaan untuk bincangkan aktiviti Perintis (Aktiviti ICT) akan diadakan pada Hari Sabtu 17 November 2007 masa: 10.00 pagi. Tempat: Pusat ICT Kok Pasir (PICT) - Berhampiran Perhentian KTMB Kg. Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. Kalu nak bawa goreng pisang pun boleh juga. Edi ............... Tapi yang pastinya, rumah ambo dok tengah bina antara Kok Keli dan Kok pasir, hehehehehe... ..oooO..............Let Islam ...(....)...Oooo...Be ....)../.....(....).....Our ...(_/.......)../......Way .............(_/.......of Life
