Saing-saing pakdo semuanya. Pakdo mari ni,
ketika ini hujan turun sekali sekala di daerah kediaman pakdo, tiba-tiba
jiwa tua pakdo ni seperti bergelora dan pakdo mulai teringat , pakdo mulai
merindui.

Pakdo bukan merindui apa kerana pakdo tak boleh kembali ke zaman muda-muda
lagi  lagi pun makdo selalu saja memantau pakdo , tapi yang pakdo rindukan
ialah antaranya ubi kayu rebus , ubi setelo rebus , putu  dan pelbagai
ubi-ubian yang lain.

Pakdo dengar saing-saing pakdo kata , banjir telah mula melanda di
sesetengah tempat di Negeri kesayangan pakdo ni. Ada yang telah berpindah
pun. Tapi pakdo rasalah, banjir kali ini tidaklah sebesar mana  dan
kadangkalanya ada saing-saing pakdo yang merindui banjir. Ingin merasai
sejuknya air banjir dan ingin mengharung air banjir yang keruh yang
meladungi jalan-jalan kampung.

Cucu-cucu pakdo ada yang ingin berpesta bila datangnya banjir. Tapi pakdo
rasa bukan sekadar mereka nak tengok, tapi nak bermain dengan banjir.
Pakdo berharap agar saing-saing pakdo dan anak-anak pakdo tidak membenarkan
sangat anak cucu bermain dengan banjir walaupun itu sudah tentu mendatangkan
keseronokan yang luar biasanya.
Keselamatan perlu diutamakan .  Nyawa anak cucu pakdo hanya ada satu , kalau
melayang yang satu itu tidak ada gantinya lagi.

Tapi mengikut kata hati pakdo, banjir yang melanda kali ni, akan surut dalam
sehari dua lagi dan mungkin datang lagi, kerana musimnya masih panjang lagi.

Pakdo.


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke