Pakdo mari sekali lagi nih.

Hari ni dah 8 Disember  dan tak berapa hari lagi umat Islam akan merayakan
hari Raya AidilAdha.  Adakalanya ada antara saing-saing pakdo dan pakdo
sendiri pun ada ketikanya tidak merasa sangat tentang hampirnya hari raya
akan mari.

Mungkin ada juga yang bukan saing pakdo lebih ingat hari krismas berbanding
dengan Hari Raya Korban.  Yang bekerja tu suka hari-hari perayaan kerana
boleh bercuti  .

Hari raya Haji, orang kata disambut secara besar-besaran, tapi apa yang
pakdo lihat tidaklah begitu berbanding dengan hari raya puasa.

Kalu Raya puasa kita menyambut kemenangan, hari raya haji pula adalah lebih
kepada pengorbanan. Dan pengorbanan adalah tinggi nilainya , kerana dengan
pengorbanan manusia akan berusaha dengan penuh tenaga dan pemikiran untuk
membangunkan umatnya agar memperoleh kesejahteraan.

Mengorbankan tenaga dan usaha untuk memartabatkan bangsa dan memartabatkan
diri dan keluarga tanpa mengira letih dan jerih. Kalu tanpa pengorbanan
rasanyalah kita tidak akan berjaya  , kerana dan semacam berpasangan antara
kejayaan dan pengorbanan.

Ibu bapa mengorbankan tenaga dan usahanya untuk membekalkan ilmu kepada
anak-anaknya, guru-guru mengorbankan masa, tenaga  untuk mendidik anak-aak
supaya menjadi orang yang pandai dan ingin melihat mereka suatu masa nanti
akan lebih pandai daripadanya. Masyarakat berkorban untuk masyarakat dan
orang-orang seni juga banyak berkorban untuk menghidangkan santapan jiwa
yang sangat hebat dan bermakna kepada masyarakatnya.

Pakdo tak boleh ralik, pakdo kena tidur dulu untuk jaga kesihatan pakdo yang
adakalanya agak kurang baik , maklum sajalah kerana usia pakdo dalam
beberapa hari lagi akan bertambah setahun lagi.


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke