Berkorban apa sahaja . Pakdo dengar satu lagu yang sering dikumandangkan
pada waktu pakdo muda-muda dulu.
Seseorang itu hanya baru sanggup berkorban untuk sesuatu yag benar-benar
dicantainya. Kalau ia mencintai agamanya ia sanggup berkorban untuk agamanya
dengan apa sahaja daya usahanya hingga sampai berputih tulang , belautkan
keringat.

Tapi bila kecintaan tidak wujud dalam dirinya seseorang itu sudah pasti
tidak mahu berkorban terhadap ketidak cintaannya.

Jadi seakan pakdo lihat bahawa power cinta itu sungguh tinggi dan hebat
sekali , ia boleh merangsang seseorang agar berbuat sesuatu demi memulihera
kecintaannya itu biarpun dengan apa yang diperlakukannya tidak memberi
sebarang kesan terhadap perkara yang dicintainya.

Pengorbanan itu berat pada sesetengah tempat tapi terlalu ringan di tempat
lainnya.

Orang boleh berkorban apa saja , boleh saja berkorban tenaga, berkorban wang
ringgit, berkorban masa, berkorban kebahagiaan diri sendiri demi kebahagiaan
orang lain. Tapi dalam keadaan aman dan tenteram kita tidak perlu berkorban
nyawa, kerana harga nyawa itu terlalu mahal untuk dikorbankan untuk sesuatu
perjuangan yang sepatutnya tidak memerlukan pengorbanan sampai sejauh itu.
Kalu setakat kecewa dalam berkasih , kecewa dalam mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan , kecewa dalam mendapat apa yang diharapkan.

Bagaimanapun bagi pasukan tentera , pasukan keselamatan lain mereka perlu
berkorban nyawa setelah berlatih dengan bersungguh-sungguh demi menjaga
keselamatan dan kedaulatan sesuatu negara. Ketika orang lain lena tidur
mereka tidak tidur, ketika orang lain senang menikmati keseronokan mereka
tidak dalam keseronokan.
Kiranya niat mereka kukuh dan utuh , betapa sucinya khidmat mereka. Tapi
kiranya kerana terpaksa melakukannya mereka tetap terpuji kerana berkhidmat
demi membahagiakan keluarga , anak isteri dan ibu bapa.

Pakdo pernah dengar atau pernah pakdo baca , bahawa pemimpin-pemimpin yang
sebenarnya adalah mereka yang sanggup berkorban untuk orang yang dipimpimnya
, mereka ini adalah insan ang hebat, mereka ini adalah insan yang cemerlang
dan gagah dalam merentasi gelora kehidupan yang kian mencabar pada masa
kini.

Sebelum pakdo pergi jauh ke alam pakdo selanjutnya , lebih baik pakdo
berhenti di sini dulu.



-- 
H0rmat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke