30 Disember 2007. Jam 3.30 - 5.30 petang.
Lokasi- Gunung Jerai , Paras ketinggian 1,200 Meter.

Selepas menghantar anak di UUM Sintok dalam perjalanan balik , saya
bersama keluarga dan kenderaan yang dipandu adik ipar menuju ke Gunung
Jerai untuk melihat suasana yang belum dialami sebelum ini.

Tiba di kaki Gunung Jerai kami naik ke kemuncak gunung jerai dengan
berkereta. Jalannya kelihatan sukar kerana kena melalui begitu banyak
putaran dan ada di antaranya yang kelihatan merbahayakan.

Dalam jarak naik sejauh 13 kilometer ke kemuncak sempat menyaksikan
pelbagai kekayaan alam semula jadi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan
keadaan tanah serta suhu yang berbeza.

Untuk sampai hampir di kemuncak di ketinggian 1200 meter memakan masa
kira-kira sejam perjalanan.

Tiba hampir di kemuncak lebih 1,200 m. berhenti seketika dan sempat
bergambar serta berehat dan menyaksikan keindahan alam semulajadi

Kelihatan beberapa keluarga dan kumpulan menggunakan motorsikal turun
berkunjung ke sini.

Setelah kira-kira setengah jam di kawasan berhampiran kemuncak, kami turun
sedikit ke kawasan persinggahan yang dibina khas.

Di perjalanan turun kami lihat kumpulan monyet (mungkin kera) yang agak
banyak. Kami berhenti seketika dan memberi sedikit roti yang dibawa,
monyet itu berebut-rebut mendapatkan makanan. Saya sempat rakamkan
beberapa gambar semasa monyet itu makan.

Ketika di persinggahan kawasan berhampiran muzium perhutanan Gunung Jerai
saya bersama anak , Muhammad Syafiq , 7 tahun dan anak saudara Faizul 14
tahun turun melalui anak tangga ke kawasan reakrasi yang telah disediakan.
Sampai di suatu tempat kami lihat beberapa pasangan tengah memadukan
asmara. Dan selepas itu saya lihat agak banyak pasangan yang memadukan
asmara di sepanjang jalan turun dari gunung jerai.

Sampai di suatu tempat kami berhenti dan saya rakamkan beberapa gambar
untuk kenangan. Anak saya dan anak saudara naik lebih dahulu daripada
saya.
Sampai di separuh jalan, seekor monyet yang paling besar diantara monyet
yang ada di situ mengejar anak saya , anak saya lari kerana terkejut.
Mujur tidak diapa-apakan. Monyet itu kemudiannya menghala ke arah anak
saudara saya. kemudian bila melihat saya dia terus handak menerkam saya.
Cemas sungguh ketika itu, setapak saya melangkah setapak pula dia
melangkah dan menunjukkan gigi dan taringnya, tapi tidak berani menerkam.
Adigan cemas itu berlangsung agak lama sehingga saya hampir-hampir nak
ambil batu bukit dan melontar ke arah monyet itu.

Kali ini saya tak sempat nak fikirkan untuk rakam gambar monyet
itu.jaraknya hanya dekat sekali , kalau dihulur tangan pun dah nak sampai.

Saya seperti tak dapat berbuat apa-apa dan menunggu masa diterkam saja.
Rasa nak disepak biar melambung monyet itu. Saya tak terfikir rupanya di
tangan saya ada kamera dan monyet itu ingatkan saya bawa makanan untuk
diberikan kepadanya, dan kalau tidak diberikan monyet itu akan merampas
makanan yang dibawa itu.

Nasib baik beberapa minit selanjutnya saya dapat menjarakkan diri dari
monyet itu dan setelah itu dapat beredar dengan selamatnya , tapi dengan
rasa yang kurang seronok.

Selepas itu kami kemudiannya meninggalkan kawasan peranginan di kawasan
berhampiran kemuncak gunung jerai itu.

Dalam perjalanan turut sempat melihat beberapa yang agak boleh difikirkan.

Perkara-perkara itu ialah selain daripada pokok-pokok yang bermacam jenis,
hampir di setiap wakaf yang disediakan saya sempat melihat
pasangan-pasangan yang semuanya remaja lelaki dan perempuan melayu
berdua-duaan memadukan asmara. Suatu nilai yang kurang elok .

Di suatu tempat pula saya sempat melihat puluhan lelaki dan wanita
berbangsa cina dalam usia 40an- hingga 60-an  berjogging menaiki gunung
bagi menjaga kesihatan mereka. Suatu nilai yang baik yang sempat saya
lihat.

Hanya kelihatan satu pasangan orang Melayu yang turut berjogging .

Di sana saya sekurang-kurangnya dapat belajar beberapa perkara berkenaan
bentuk muka bumi tentang cara hidup kumpulan monyet yang kelaparan. Budaya
hidup sebahagian remaja masa kini, tentang budaya menjaga kesihatan dalam
kalangan masyarakat. Tentang mengapa orang akan pergi juga ke puncak
walaupun di sana kelihatannya hampir sama dengan yang dilihat di bawah
melainkan jenis tumbuhan yang berbeza daripada di bawah.




-- 
Ediramle Ismail





Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke