Disebabkan beberapa perkembangan yang berlaku sejak akhiran kini, terasa seperti setting matlamat dalam ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) saya seakan lari sedikit matlamatnya dan ini menyebabkan agak sukar untuk meneruskan perjuangan ICT yang dirangka sebelum ini.
Jadi kali ni sempena menyambut tahun baru 2008 , saya nak tanya soalan yang agak sukar sikit untuk dijawab rakan-rakan semua iaitu bertujuan untuk setting semula matlamat dalam bidang ICT yang tentunya berbeza antara seorang dengan seorang rakan ICT yang lain. Soalannya. Apakah antara matlamat sebenar bidang ICT yang kita diceburi kini? Saya jadi terkeliru sikit, tentang matlamat ni. Apakah saya perlu jadi sukarelawan ICT , jadi pejuang, jadi usahawan ICT , jadi pemerhati, jadi pengeluar, atau ict hanya sebagai hobi semata-masa untuk mengisi masa lapang. Saya hanya harus memilih hanya satu sahaja atau selebihnya dua sahaja supaya dapat menumpukan sepenuhnya untuk matlamat tersebut. Dimaklumkan pertanyaan ini adalah serius, bukan sekadar mainan. Sekian dan berbanyak terima kasih atau bantuan idea yang diberikan. Saya perlukan sebanyak mungkin respon terhadap pertanyaan ini . Jawapan dalam dua tiga ayat pun memadai. Sumbangan idea itu sangat penting untuk saya saring dan pilih mana-mana yang terbaik untuk dijadikan matlamat saya dalam ICT. Untuk makluman , saya adalah moderator kepada kumpulan egroups ini dan hampir empat ratus egroups lain. Ediramle Ismail
