Selepas beberapa hari pakdo tak berjumpa saing-saing pakdo yang sentiasa dalam ingatan pakdo.
Pakdo mari juga sebagai menandakan bahawa pakdo masih sihat dan selamat sejahtera. Sedar tak sedar, pakdo dan saing-saing pakdo kini dah berada di tahun baru 2008, bermakna usia pakdo sekarang ni dah masuk ke paras yang lebih meruncing dan tak berapa jauh lagi dari penghujungnya. Namun begitu usia akan tetap berlalu dan selagi hayat dikandung badan, pakdo dan saing-saing pakdo yang berusia muda atau seangkatan pakdo sering saja melupakan tentang meningkatnya usia dan sering merasakan sentiasa muda dan merasa seakan dapat hidup seratus dua tahun lagi. Tak kata kepada orang lain, pakdo sendiri pun yang berusia emas ni, sering saja mengangankan sesuatu yang adakalanya tidak sepatutnya pakdo angankan, tidak sepatutnya pakdo igaukan. Sebagai contohnya ada dan tentunya ada dari kalangan saing-saing pakdo yang telah berusia lebih 60-an masih lagi mengangankan wanita yang muda-muda dan cantik sebagai teman hidupnya. Mungkin angan-angan seperti itu menunjukkan yang saing pakdo itu sihat rohani dan jasmani. Banyak lagi contoh-contoh yang mengambarkan angan-angan yang tidak berkesudahan, yang miskin mahu jadi kaya, yang kaya mahu jadi lebih kaya, yang lebih kaya ingin menjadi jutawan dan yang jutawan mahu menjadi lebih jutawan lagi. Mungkin juga azam tahun baru adalah antaranya juga seperti angan-angan , tapi sebahagiannya sebagai perangsang untuk merangsang agar pakdo dan saing-saing pakdo berkerja lebih kuat lagi. Tapi antara mengejar impian , mengejar keazaman yang belum kesampaian , ianya perlu diiringi dengan ingatan kepada umur dan usia yang kita tidak tahu bila-bila masa saja kita boleh meninggalkan angan-angan yang tidak berkesudahan. -- H0rmat selalu daripada Pakdo
