Pakdo mari kali ini nak bercakap tentang hiburan.
Pakdo sangat suka akan hiburan, kerana hiburan adakalanya dapat menghiburkan
perasaan pakdo ketika pakdo merasa kurang gembira.

Hiburan bukan mudah untuk dilahirkan dan dilakukan seseorang kerana
adakalanya orang akan merasa tidak terhibur ketika kita cuba menghiburkannya
dengan kata-kata gerak-geri dan dengan corak pakaian dan lembut merdu suara.

Hiburan kenalah kena pada tempatnya, kalu pakdo dengar lagu-lagu rok, pakdo
malah tidak terhibur, tapi merasa seperti bunyi bising yang menusuk masuk ke
telinga. Sebaliknya kalu pakdo dengar lagu-lagu berirama padang pasir,
berirama hindustan, dan berirama asli ,pakdo merasa terhibur dan seperti
pakdo di bawa ke zaman-zaman pakdo muda-muda dulu, seperti pakdo di bawa ke
bukit kenangan dan menemui Makdo yang ketika itu sama-sama remaja.

Hiburan itu kebanyakannya adalah seni dan seni adalah cukup melunakkan. Tapi
kelunakan itu perlu ada batasan, perlu ada ketika masa, perlu ada
batas-batas antara boleh dan tidaknya walaupun hati kita membolehkan
semuanya, tapi sebetulnya tidak.

Hiburan bukan sahaja dimaksudkan dengan persembahan nyanyian, persembahan
lakonan dan cerita-cerita , permainan dan sebahagian usaha yang dijalankan
juga mengandungi hiburan. Melayari internet juga boleh jadi hiburan, membaca
juga boleh jadi hiburan dan  berbual di kedai-kedai kopi juga boleh jadi
hiburan, apa lagi kalau bermain aji , bermain daun terup , main karen dan
sebagainya.

Banyak hiburan yang melalaikan dan membawa pakdo umpamanya ke arah melupai
akan usia yang semakin meningkat. Semasa sambutan tahun baru, pakdo tengok
ianya seperti mendatar saja. Ada nyanyi-nyanyi ada bilang-bilang dan ada
bunga api. Ada yang sambut sampai hari menjelang pagi, ada yang ambil
kesempatan atas nama tahun baru, mencipta rekod-rekod yang tak terpadam
sampai bila-bila.

Tentang hiburan , pakdo suka sangat, tapi pakdo terfikir juga kalaulah
semasa sedang asyik berhibur, tiba-tiba kita rebah dan kehidupan kita tamat
di situ bagaimana?



-- 
Hormat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke