Semasa kita dilahirkan kita menangis , semasa bayi kita sering menangis mungkin sekali kerana kita sayang meninggalkan alam dalam kandungan dan beranggap bahawa hidup di dunia yang luas ini bakal tidak mengembirakan.
Bila usia kita meningkat setahun demi setahun, kita mula bermain dan terlalu gemar bermain, sesudah itu itu kita sudah mula menyukai kehidupan di dunia. Setelah meningkat dewasa, kita menjadi begitu sayang dengan kehidupan di dunia yang telah dianggap sebati dengan diri kita membuatkan kita menjadi begitu takut kepada kematian . Ketika ini kita seakan mengakui bahawa dunia ini aku yang punya. Kita merasa begitu sayang dengan harta dan kekuasaan yang sebenarnya terlalu sedikit, itupun yang dipinjamkan. Kini kita begitu sayang dengan nikmat hidup. Kita sangat memerlukan kesihatan bila kita sakit, kita sangat memerlukan wang bila kita kesempitan. Kita sangat perlukan kasih sayang seorang kekasih atau isteri atau sanak keluarga semasa kita berjauhan. Perjalanan kita adalah tiada pemutusnya, ia sentiasa berhubung antara satu dengan lainnya. Kelahiran lebih merupakan satu garis penanda , daripada bayi menjadi kanak-kanak, kepada remaja kepada remaja kepada dewasa juga ada tanda-tanda kecil selanjutnya kematian merupakan satu garis tanda yang besar kemudian di alam kubur dan akhirnya di alam akhirat di sana tidak ada lagi tanda penamat atau garis akhir. Ediramle Ismail Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com . Tidak dibenarkan mengiklan. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
