Tanpa kekuatan tenaga fizikal dan keazaman seseorang itu tidak mungkin
akan mencapai apa yang diperkukannya.

Keazaman yang kuat boleh dilihat seperti contoh seorang juru gambar Utusan
Malaysia Mohd Noor Amin yang mendaki Menara KL 50 Kali.

Seperti yang pernah dibicarakan di egroups ini, apakah yang dicari dengan
pendakian itu telah pun terjawab sebelum ini.

Berita yang dipetik



Mohd. Noor mula daki Menara KL 50 kali
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA - utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 1 Feb. – Selepas mencipta rekod mendaki Gunung Kinabalu
secara solo sebanyak 50 kali tahun lalu, jurugambar Utusan Malaysia, Mohd.
Noor Mat Amin, 40, hari ini memulakan cabaran mencipta rekod baru menerusi
pendakian solo Menara Kuala Lumpur.

Beliau akan mendaki 2,058 anak tangga menara keempat tertinggi dunia itu
sebanyak 50 kali dalam masa tiga hari mulai hari ini.

Mohd. Noor memulakan pendakian pada pukul 9.31 pagi dan tamat pusingan
pertama pada pukul 10.24 pagi.

“Saya akan cuba lakukan (pendakian) tidak lebih daripada tiga hari. Saya
berharap supaya rekod ini dapat melakarkan satu lagi sejarah di menara
ini,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa berehat selepas menamat
pusingan pertama pendakian.

Sehingga pukul 5.30 petang tadi beliau telah berjaya melakukan sebanyak 7
kali pendakian.





Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke