Selamat bercuti kepada yang bercuti dan selamat bertugas kepada rakan yang kena bertugas pada hari ini.
Khabarnya Pusat Pembangunan ICT Kelantan yang berpusat di Wakaf Bharu telah berpindah ke Pasir Tumbuh dan kini beroperasi di sana dengan pelbagai program dirancangkan. Manakala Pusat ICT Kok Pasir yang saya asaskan semakin berubah fungsi kepada Pusat Sumber Maklumat . Komputer yang dulunya ada beberapa buah , sebuah demi sebuah alami kerosakan dan penantian untuk mendapat talian telefon tetap serta talian streamyx masih tetap dalam penantian hingga ke hari ini. Medan info desa Kok Pasir yang khabarnya akan beroperasi dalam waktu terdekat kini masih lagi tidak berfungsi , mungkin dalam sebulan dua ni ramai orang yang sibuk dengan urusan yang semua kita tentunya maklum. Banyak juga kita jumpa kedai-kedai siber cafe di mana-mana tempat, tapi bagi saya mereka lebih kepada usaha untuk mencari wang dan tidak ke arah perjuangan. Tetang Perintis, saya melihat ianya seperti anak-anak yang hampir nak tidur, matanya terlelap kemudian terbuka sebelum betul-betul lena dalam tidur sebenarnya. Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com . Tidak dibenarkan mengiklan. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
