Mengikut perkiraan yang telah ditetapkan, dalam sehari dibahagikan kepada 24 jam.
Bagi kebanyakan orang 10 jam telah dijual untuk pekerjaan, 6 jam telah digunakan untuk tidur. Bermakna 16 jam telah digunakan dalam sehari untuk dua perkara ini , kecualilah bagi meraka yang kegemarannya adalah berkerja. Saya percaya peratusan orang yang betul-betul minat bekerja adalah kecil berbanding dengan mereka berkerja untuk keperluan (Bekerja untuk hidup). Kecuali juga bagi mereka yang merasa cukup tidur walaupun selama 2 jam sehari. 4 jam lagi boleh digunakan untuk urusan lain. Tinggal lagi 8 jam yang berbaki. 3 jam digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk beribadat, makan minum dan mandi manda dan bersama keluarga. Untuk diri sendiri, untuk membangunkan diri sendiri , untuk berfikir dan untuk menjadi diri sendiri hanya sekitar 5 jam sehari. Dalam 5 jam itu kalau 2 jam digunakan untuk berbual di kedai kopi, 1 jam untuk bermain, 2 jam untuk menonton TV dan sebagainya masa itu telah habis semuanya. Ada juga manfaatnya tapi rasanya masih belum baik untuk membangunkan diri sendiri. Kebanyakan masa digunakan untuk berhibur. Kalau sebagai penulis guna 3 jam untuk menulis 1 jam untuk membaca dan 1 jam untuk bermasyarakat adalah agak baik tapi kurang menyihatkan kerana tak ada masa untuk senaman dan menjaga kesihatan. Yang lebih teruk kalau bermain permainan seperti main aji, terup dan permainan-permainan yang kurang memberi faedah selama 4 jam sehari dan satu jam berikutnya berehat ini kurang bagus untuk kesihatan dan langsung tidak bagus untuk membangunkan diri. Sebaliknya ada orang menggunakan masa 5 jam itu 4 jam untuk berniaga , 1 jam untuk berehat . Ini agak bagus tapi masih ada kekurangan lagi. Ada juga yang menggunakan masa 2 jam untuk berkebun, 2 jam untuk membaca dan 1 jam untuk bermasyarakat . Saya kira ini pilihan yang lebih bijak. Tapi dia belum boleh digelar sebagai petani dan hasil pertanian yang diusahakan itu tidak berapa banyak. Bagaimana kalau 2 jam digunakan untuk beribadat, 2 jam untuk bermasyarakat dan 1 jam untuk berihat. Bagus juga ini untuk dunia dan akhirat. Ada juga yang guna masa 4 jam untuk berinternet dan 1 jam untuk bermasyarakat . Ini seperti sayalah. Kurang bagus untuk kesihatan dan banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan dalam membangunkan diri sendiri. Ada maklumat tapi kurang tindakan. Bagi mereka yang minat memancing 2 jam digunakan untuk memancing , 1 jam untuk berbual di kedai kopi dan 2 jam untuk pelbagai . Ini masih kurang bagus kerana walaupun kegemaran memancing itu bagus, tapi selalunya hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan masa yang digunakan. Malah ada juga mereka yang tambah tidur 3 jam sebelah petang 1 jam bermain dan 1 jam menonton TV. Ini kurang bagus kerana banyak masa yang terbuang. Ada juga yang menggunakan masa 4 jam untuk masyarakat dan 1 jam untuk berniaga. Banyak perkara lagi yang dilakukan dalam masa yang singkat ini itu bergantung kepada minat dan kecenderungan seseorang. Ianya bagus untuk orang itu tapi kurang baik untuk yang lainnya. Bagi saya saya kira yang bagus ianya meliputi beberapa perkara seperti agama, masyarakat, pertanian , perniagaan , penulisan dan pembacaan. Ianya ada masukan dan ada keluaran. Mungkin ada pandangan yang lebih menarik tetang perkara ini. Edi
