Pakdo masih kurang sihat betul lagi dah lebih dua minggu rasa agak kurang
selesa. Pada mulanya pakdo tidak dapat kenal pasti penyebabnya. Setelah
beberapa hari pakdo mula dapat mengenalpasti apa masalah sebenarnya.

Pakdo dapati bahawa penyakit yang pakdo hidapi sekarang ni adalah resdung.
Inilah membuatkan pakdo merasa sakit tengkuk, hidung sering merasa tersumbat
dan deman ringan.  Pakdo dah makan ubat yang dibeli di farmasi .

Apakah ada dari kalangan saing-saing pakdo
yang tahu tentang ubat-ubat atau cara-cara yang sesuai baik secara
tradisional atau moden untuk memulihkan resdung?

Ada orang bagi tahu satu cara perubatan resdung ialah dengan melakukan
tuntung . Apakah cara ini boleh menyelesaikan masalah resdung?

Pakdo nak tanya juga , apakah makanan yang tidak sesuai untuk pengidap
resdung ?


Hormat selalu daripada pakdo



Pakdo

-- 
Hrmat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke