Lama sudah pakdo tidak menulis catatan pakdo di sini. PaKdo rasa kurang
sihat sikit, tapi masalah biasa saja yang diterima oleh golongan warga emas
seperti pakdo ni.

Pakdo lihat di sekeliling pakdo sekarang ni orang ramai berpesta. Mereka
berpesta untuk memilih corak kehidupan pada masa akan datang.

Bolehkah manusia menentukan nasib mereka. Untuk menentu masa depan manusia
tentunya tidak boleh kerana dibatasi oleh kekurangan dan ketidaksempurnaan.
Tapi manusia boleh mengalurkan laluannya ke arah masa depan mereka yang
cemerlang.

Pakdo adakalanya merasakan pesta itu hanya sebagai  sebuah permainan hidup
saja. Manusia merangka peraturan kemudian tunduk kepada peraturan  yang
kerdil dan adakalanya tidak seberapa itu.

Tapi adakalanya mungkin di tahap kesedaran lain pakdo merasakan permainan
ini adalah permainan yang benar-benar dan semua orang yang layak harus
bermain dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan pasukan yang mereka anggap
betul menang.

Kebenaran adakalanya sangat sukar untuk dinyatakan dan adakalanya sangat
sukar untuk difahami. Kalau pakdo berada di sebelah kiri pakdo kata sebelah
kira yang betul dan kalau pakdo berada di sebelah kanan pakdo kata sebelah
kanan yang betul. Pasukan manakah yang betul sebenarnya.

Kebenaran tidak boleh diukur dari suatu sudut sahaja, tetapi kena ukur semua
sudut kalau ukurannya menepati apa yang diperkatakan itulah yang dikira
lebih betul. Tapi orang lain mengukurnya dan membacanya dengan bacaan lain
lalu menjadi tidak sama pula. Kesukaran ini adalah wajar, kerana hampir
semua manusia yang ada sekarang ni tidak dalam keadaan sempurna.
Kebanyakannya hanya manusia kerdil seperti pakdo juga.

Lantas perlu ambil jalan yang lebih mudah tidak mengukur perkara yang begitu
subjektif dan ukuran lebih ditumpukan kepada perkara objektif yang boleh
nampak dengan mata lahir .

Pakdo gi dulu untuk melihat suasana kehidupan yang sungguh mengkagumkan
pakdo ini.



-- 
H0rmat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke