Kali ni nak bincangkan mengenai banyak yang berguna tapi tidak digunakan. Banyak sekali perkara yang boleh diperkatakan tentang perkara ini. Tapi kali ini dikhususkan kepada apa yang ada di internet yang adakalanya tidak disedari akan keberadaannya.
Apa yang dilihat dan diketahui umum, pengguna internet terdiri daripada pelbagai golongan yang boleh dibahagikan kepada tahap pendidikan, tahap keberadaan, tahap minat, tahap umur , tahap kecintaan dan banyak tahap-tahap lain. Kalau dihuraikan semuanya bakal membabitkan pengkajian yang memakan masa dan menghasilkan sebuah tulisan yang panjang dalam kelebaran yang biasa. Kalau dibahagikan mengikut tahap usia. Apa yang dilihat boleh di bahagikan kepada golongan kanak-kanak, remaja, pelajar , dewasa dan warga emas. Saya kecilkan sedikit pengkhususan agar lebih jelas. Bagaimanapun ini bukan bermakna tiada kekecualian. Kanak-kanak selalunya amat mengemari permainan oleh itu mereka guna internet untuk bermain. Golongan remaja lebih gemar hiburan, jadi mereka guna internet untuk berhibur. Golongan pelajar pula akan gunakan internet untuk mencari bahan-bahan ilmu. Tidak bertindihkan antara pelajar dengan remaja. Boleh dikatakan bertindih dan boleh juga dikatakan tidak bertindih. Golongan dewasa sukakan sesuatu yang berupa lain sedikit(ada dalam fikiran) antaranya sukakan berita-berita dan perkembangan semasa. Golongan warga emas sukakan panduan dan tips terutamanya yang berhubung dengan kesihatan, perjalanan , kerehatan dan sebagainya termasuk tanaman, ternakan dan sebagainya. Jadi meleret pula, belum lagi sampai maksudnya. Ringkasnya -kanak-kanak suka main games (ada kekecualiannya) - Remaja suka lagu-lagu dan perkenalan contohnya melalui frienster dsb. -Pelajar suka lihat laman-laman pendidikan. -Orang dewasa suka lihat berita , blog-blog dan sesuatu yang lebih mencabar. - orang tua lebih terarah kepada kesihatan. Ini tidak semestinya seratus peratus betul, tapi hanya berdasarkan kecenderungan semasa kini.
