Sebuah catatan biasa. Kok Pasir -Isnin malam Selasa 22 Jun. Kurang lebih pukul 9.20 malam, hujan turun agak lebat, kilat pancar memancar tapi dalam keadaan biasa.
Jam 9.40 hujan semakin reda. Kilat semakin menjauh. Jam 9.45 malam , saya buka semula komputer untuk meneruskan siaran radio puisi pesisir . Jam 9.50 malam. Hujan hampir berhenti. Mungkin ketika ini kebanyakan warga telah menghidupkan semula TV dan perkakasan elektrik yang mungkinnya sebahagiannya dimatikan sementara. Jam 9.55 malam ketika sedang bersiaran di Radio Puisi Pesisir. Kedengaran satu dentuman yang agak kuat. Sejalur petir telah mengena sasaran di sebatang pokok kelapa di kawasan sekitar 100 meter dari kediaman. Tak sampai sekelip mata , hampir semua kediaman bergelap. Kebanyakannya suis teroff secara automatik. Beberapa minit kemudian kelihatan rumah-rumah jiran cerah kembali. Tapi rumah saya masih bergelap . Kena panggil juru elektrik datang. Setelah diperiksa didapati wayar dalam box suis ada yang terputus. Juruelektrik kemudiannya menyambung semula.Bekalan elektrik pulih. Saya buka TV, TV ok , buka komputer , Alhamdulillah masih dapat berfungsi. Bila buka modem, rupanya modem telah rosak dan berbau hangit . Peralatan lain iaitu wayar penyambung terbakar icnya dan ketika itu mengeluarkan bunyi yang agak kuat. Sebentar kemudian, jiran sebelah beritahu, ekonnya rosak dan jiran sebelah lagi TVnya rosak. Pagi 23 Jun dengar khabar ada 2 handphone yang sedang di cas terlambung, Beberapa buah TV di rumah kawasan sekitar rosak. Ada satu tempat wayar elektrik hangus , sebuah rumah hampir runtuh dinding dan almari, ada beberapa buah rumah yang lampu pecah serta merta dan ada yang terpadam lampu. Bagaimanapun tidak ada kecederaan teruk pada manusia . Pengajarannya yang mungkin boleh diambil. 1. Bila dengar petir yang agak kuat lebih baik matikan peralatan elektrik terutamanya. 2. Gunakan peralatan elektrik yang diluluskan. 3. Guna Voltage Stabilizer untuk peralatan elektrik yang sensitif. 4. Musim sekarang cuaca tidak begitu menentu. Sediakan payung sebelum hujan . 5. Kita hanya boleh merancang tapi tidak boleh menentukan.
