|
kang roslee, cing disundakeun.. tiasa
teu?
----- Original Message -----
Sent: Friday, 13 January, 2006
15:43
Subject: [Urang Sunda] KENALI WARNA
ANDA
Selamat mencuba. *** Warna saya---KUNING Malah
sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya
tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna
Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian
diri kamu menerusi warna tersebut.
tapi jgnla pula terlalu
percaya!!!
23 Disember hingga
1hb Januari - Merah 2 hingga 11hb
Januari - Oren 12 hingga 24hb Januari -
Kuning 25hb Januari hingga 3hb Februari -
Merah jambu 4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru
kehijauan) 11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam 22 hingga 31hb Mac - Ungu 1
hingga 10hb April - Biru 11 hingga 20hb
April - Perak 21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru 15 hingga24hb Mei - Emas 25
hingga 3hb Jun - Krim 4 hingga13hb Jun -
Kelabu 14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu 25 hingga 4hb Julai - Merah 5 hingga 14hb Julai - Oren 15 hingga 25hb Julai - Kuning 26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu 5 hingga 13hb Ogos - Biru 14 hingga 23hb Ogos - Hijau 24hb Ogos 2hb September - Perang 3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive 24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu 4 hingga 13 Oktober - Biru 14 hingga 23hb Oktober - Perak 24hb Oktober hingga 11hb November - Putih 12 hingga 21hb November - Emas 22hb November hingga 1hb Disember - Krim 2 hingga 11hb Disember - Kelabu 12 hingga 21hb Disember - Maroon 22hb Disember - Teal Merah
Merah
Selalunya mereka yang
mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan
menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan
gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah
diajak berbincang dan boleh membuatkan
dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan
mereka.
Krim Ha! Kamu ini
seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah.
Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain
untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun
kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih!
Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang
ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu
boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan
hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta
hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa
yang lama untuk melafazkan sayang!
Teal
(warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni
yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri
kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam
membuat keputusan lantaran sikap kamu yang
suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam
memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup
tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan
saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang
peramah membuatkan diri kamu punya ramai
teman.
Merah Jambu
Kamu akan berusaha
sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan
mengambil tahu tentang orang orang di
sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap
orang lain. Dari segi percintaan kamu
mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
Hijau
Salah satu kelebihan yang
kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap
kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam
tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain
kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu
disayangi dan diberi perhatian penuh oleh
kekasih hati. Namun selalunya mereka ini
lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis
yang benar benar sesuai untuk
dirinya!
Emas Kamu seorang yang
tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa
saja dan ceria serta tak suka bersedih
biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam
soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu
sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti
tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila
sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
Kuning
Kamu seorang yang manis,
tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu,
kamu juga lebih suka menguasai dalam
sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti
oleh si dia! Kamu juga mampu membuat
keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat
juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal
hal yang romantik bersama si dia. Alahai!
Maroon
Bagi kamu yang
mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu
juga suka melakukan sesuatu itu menurut
kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang
menjadi masalahnya! Dari segi percintaan,
kamu cukup sabar dan tidak terburu buru
untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia
kamu dalam perhubungan!
Oren
Syabas! Kamu ini
jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata
orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu
juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan
diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang
menjadi target kamu selama ini dan sanggup
bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain
tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya
kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam
perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya
itu amat penting!
Ungu
Amboi! Kamu ini
gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu
percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah
pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood
memainkan peranan penting mempengaruhi
kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling
ceria bagi diri kamu dan begitu juga
sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan
agak stabil kewangan mereka.
Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang
tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila
dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana
perkara-perkara kecil pun kamu amat
prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.
Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang
kuat cemburu yek?
Perak
Ternyata kamu
ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.
Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya
sifat pemalu yang agak menebal juga namun
sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan
keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri
kamu sendiri untuk melihat sejauhmana
kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan
hati si dia. Namun hubungan cinta kamu
seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu
stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan
punya keberanian untuk melakukan apa saja.
Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar
kamu kerana kamu
ni kan pantang
dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat
keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang
lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu
berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur
sikit!
Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi">Bagi kamu
yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan
keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri
dengan teman-teman hingga membuatkan kamu
menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang
yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun
ingat, jangan terlalu percayakan orang lain
mem**** buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
Perang
Kamu seorang yang
cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai
seorang teman, kamu sentiasa menyokong
tindakan positif teman-teman yang lain. Pun
begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh
sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal
cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila
kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak?
Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan
cuba berusaha
untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?
Kelabu
Kebanyakan mereka yang
diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang
ramai dan menjadi kepantangan kamu pula
sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan
apa juga perasaan di dalam hati dan lebih
suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai
menawan hati orang lain apatah lagi dengan
sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang yang
punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap
negatif yang harus kamu ubah kerana
mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan
sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu
hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu
mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali
juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan
benar-benar menyintai si dia setulus hati.
Silap sendiri lah kan ? Kalau kamu mahukan
hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan
ikhlas.
Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi
segala galanya. Bagi kamu, jika kamu tak
sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering
menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu
juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah
pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya.
Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab
itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun
ada melakukan kesilapan!
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam
hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan
tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak
berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau
bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain.
Perhubungan cinta kamu juga sering tegang
dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau
tu, cemburu buta namanya!
Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin
satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain
bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan
kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan
pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan
mudah percaya kepada orang lain. Dari segi
percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah
percaya pada orang lain membuatkan kamu
sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta
tuli, kelak temakan
diri!
Meet your soulmate! Yahoo!
Asia presents Meetic - where millions of singles gather
Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id
YAHOO! GROUPS LINKS
|