Waktu berbuka
Waktu berbuka diumpamakan seperti sarapan pagi. Tenaga segera di dalam bentuk glukosa adalah keperluan utama badan semasa berbuka puasa.
Karbohidrat yang mudah diserap seperti ini, hanya dapat bertahan selama tiga hingga empat jam dan lebih sesuai diambil pada waktu berbuka.
Kumpulan makanan jenis ini adalah seperti jenis tepung putih dan juga gula. Kurma adalah sumber gula, serat, karbohidrat dan mineral seperti kalium dan magnesium.
Memakan kurma dan jus buah-buahan sudah cukup untuk menaikkan gula darah yang rendah ke paras normal.
Pengambilan jus dan jenis makanan yang berair seperti sup dapat mengembalikan kandungan air dan mineral di dalam badan.
Diet yang tidak seimbang seperti terlalu banyak kuih manis dan air manis dengan lebihan gula yang tinggi didapati tidak menyihatkan.
Waktu makan malam
Waktu makan malam sepatutnya diambil selepas sembahyang terawih dan diumpamakan seperti makan tengahari.
Digalakkan mengambil makanan daripada saranan yang terdapat di keperluan harian seperti di piramid makanan.
Waktu sahur
Sahur pula waktu makan yang penting dan ia diumpamakan seperti makan malam.
Digalakkan untuk mengambil makanan daripada semua jenis kumpulan makanan seperti di atas.
Memandangkan waktu berpuasa yang panjang, makanan jenis karbohidrat kompleks digalakkan diambil pada waktu sahur supaya dapat bertahan lebih lama dan mengurangkan rasa lapar.
Karbohidrat kompleks ini terdapat di dalam makanan seperti bijirin dan biji-bijian seperti bijirin mil penuh, nasi dari beras perang, oats, kacang dan kekacang.
Sebaik-baiknya bersahurlah pada waktu pagi dan bukannya sebelum tidur untuk mengelakkan waktu berpuasa yang lebih panjang.
Makanan yang mengandungi minyak dan lemak yang banyak, terlalu berempah dan yang mengandungi gula yang banyak perlu dihadkan di bulan Ramadan.
Makanan ini boleh menyebabkan salah penghadaman dan peningkatan berat badan. Masalah ini boleh diatasi dengan memakan makanan yang mengandungi serat yang tinggi.
Makanan berserat tinggi akan menggalakkan tindakan otot yang lebih semasa proses penghadaman dan mengelakkan peningkatan asid di dalam perut.
Diet yang perlu diambil pada bulan Ramadan tidaklah banyak berbeza dengan hari biasa dan seelok-eloknya ringkas sahaja.
Ini dapat dilakukan agar berat badan yang sesuai dapat dikekalkan dan juga dapat mengelakkan berlakunya pembaziran.
Sekiranya individu itu mengalami berat badan yang berlebihan atau obes, ambillah peluang ini untuk mengurangkan berat badan.
Pemakanan yang seimbang dapat mengawal paras kolestrol darah, mengurangkan asid di dalam perut, mengelakkan sembelit dan masalah penghadaman yang lain.
Ia membolehkan umat Islam meneruskan cara hidup yang sihat dan aktif serta dapat menghayati bulan Ramadan dengan lebih sempurna lagi
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know. __._,_.___
Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id
SPONSORED LINKS
| Culture change | Corporate culture | Cell culture |
| Organization culture | Tissue culture |
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___

