Bekas perisik dikebumi di perkuburan Islam

LONDON: Bekas perisik Russia, Alexander Litvinenko yang mati akibat
diracun menggunakan bahan radioaktif dalam kes yang mengancam hubungan
Anglo-Russia, dikebumikan pada satu upacara di tanah perkuburan Islam di
London semalam.

Laporan menyatakan majlis pengebumian itu dilangsungkan di Masjid Regent’s
Park, selepas pengkritik Kremlin itu meminta bapanya mengebumikan beliau
menurut ajaran Islam.

Laporan mengenai pengebumian itu disahkan seorang pegawai yang menjadi
pembantu kepada wakil Chechnya, Akhmed Zakayev.

“Beliau dikebumikan di London semalam,” katanya.

Litvinenko mati pada 23 November lalu, tiga minggu selepas jatuh sakit
akibat penyakit misteri yang menurut doktor ujian ke atas air kencing
bekas perisik itu menunjukkan dia keracunan polonium 210, satu isotop
radioaktif tinggi.

Dalam sepucuk surat ditulis ketika beliau nazak, bekas perisik itu
mendakwa Presiden Russia, Vladimir Putin menjadi dalang pembunuhan kejam
berkenaan, tuduhan dinafikan sekeras-kerasnya Moscow.

Awal minggu ini, pihak berkuasa kesihatan Britain menyatakan, mayat itu
boleh dikebumikan seperti biasa kerana tidak memberi risiko kesihatan
kepada penduduk awam, asalkan mayat disemadikan dalam keranda yang
dimateri.

Kelmarin, ketua polis Britain mengklasifikasikan semula siasatan berkenaan
sebagai siasatan kes pembunuhan. – AFP

Sumber: Berita Harian (http://www.bharian.com.my)

--- L Parish <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> Subhanallah, Astagfirullah ....
> Tilas mata-mata KGB Alexander Litvinenko anu karacunan/diracun ku
> radioactive polonium-210 di London, meunang hidayah ti Allah.
> Piisukaneun maot manehna convert jeung wasiat menta dimakamkeun sacara
> Islam. Kamari samemeh dimakamkeun, Almarhum Litvinenko dianteurkeun ku
> solat ghoib di Central Mosque London. Cek pamimpin masjid layonna teu
> dibawa ka masjid lantaran hariwang bisi radiasi.
> 
> Lies


___ _           _ _     ___ ____ ___/ __| |_ _  _ __| (_)___| __|__  / _ \\__ \ 
 _| || / _` | / _ \__ \ / /\_, /|___/\__|\_,_\__,_|_\___/___//_/  /_/

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke