Macam-macam: Pesawat mendarat cemas gara-gara kentut

LONDON: Sebuah pesawat Amerika Syarikat terpaksa melakukan pendaratan
cemas, gara-gara seorang penumpangnya yang kentut dan bertindak menyalakan
mancis bagi menghilangkan bau busuk berkenaan.

Akibatnya, pesawat American Airlines dalam penerbangan dari Washington ke
Dallas, terpaksa mendarat di Nashville selepas penumpang terbau sesuatu
terbakar, lapor akhbar Britain, The Sun semalam.

Keadaan panik tercetus selepas semua 99 penumpang dan lima anak kapalnya
diarah keluar dan semua bagasi turut dipunggah.

Pesawat berkenaan turut digeledah dan batang mancis yang terbakar itu
ditemui di bawah kerusi wanita terbabit. – Agensi

Sumber: Berita Harian (http://www.bharian.com.my/)


___ _           _ _     ___ ____ ___/ __| |_ _  _ __| (_)___| __|__  / _ \\__ \ 
 _| || / _` | / _ \__ \ / /\_, /|___/\__|\_,_\__,_|_\___/___//_/  /_/


 
____________________________________________________________________________________
Cheap talk?
Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.
http://voice.yahoo.com

Kirim email ke