Nyanggakeun artikel ti salah sahiji blog malaysia, punten henteu disundakeun.
Salam baktos
Erry Manihot
http://mengapa-yahudi-bijak.blogspot.com/
Sunday, January 25, 2009
Mengapa Yahudi Bijak
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa
hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk
dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat
dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering,
musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang
paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari
kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan
sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari
untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu
pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu
kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang
pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk
umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang
saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk
mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,
persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya
cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya
perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu
dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik
bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering
membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak
dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu
saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini
untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam
kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila
dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan
beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau
membuat latihan metamatik sehingga beliau
melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,
dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala
bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut
beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan
mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan
penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang
orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu
ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara
pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama
perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan
biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka,
campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah
suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum
memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi
anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan
hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan
menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran
disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi,
jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar
dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di
Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada
otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal
membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat
ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap
ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah
sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak
tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,
diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan
saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu
Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain
piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan
memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu
bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman
untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum
Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam
perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya
jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala
pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran
tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan
ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan
menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan
persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid
murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta
produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan
mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata,
perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di
Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus
jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak
$US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia
dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka
dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg
terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu
caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat
mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di
Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau
menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah
aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan
ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai
kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?
Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg
berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka
ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan
pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan
yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck,
Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin
Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di
New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk
mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan
bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan
California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh
dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa
jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah
siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar
musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan
berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali
untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu
dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg
memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan
menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan
mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat
memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah
sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini
bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap
pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu
taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan
Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia
walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya
telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika
anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga
hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok?
Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang
berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat
dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari
bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa
Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik
sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah
Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler,
bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu
kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah
mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan
dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini
dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya
melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu
saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah
mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/