Bulan Ramadhan, Bulan Jihad, Bulan Kemenangan Kaum Muslim

Selain turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat
beberapa peristiwa besar yang terjadi di bulan yang penuh dengan
barakah ini. Ketika dahulu, umat Islam yang merupakan umat yang
terbaik , disanjung tinggi dari timur ke barat, disebabkan
terlimpahnya rahmat Allah akibat penerapan Islam dalam kehidupan
mereka. Namun begitu, pada masa sekarang, setelah runtuhnya institusi
pemersatu umat Islam, yaitu Khilafah pada 27 Rajab 1342H (3 Maret
1924). Umat Islam saat ini dirundung penyakit yang semakin parah.
Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam
berpuasa tanpa Khilafah.

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa pernah terjadi pada bulan Ramadhan:

17 Ramadhan 2H

Perang Badar Al-Kubra

Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam
menyatakan perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan
kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan
kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan rombongan malaikat untuk
membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini
terjadi pada pagi Jumat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih
kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini telah
mengalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

Ramadhan 5H

Persiapan Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota
Madinah. Strategi ini ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Hal
ini diusulkan Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan
Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaidah setelah pasukan muslimin
berjaya memecahbelah pasukan musuh.

20 Ramadhan 8H

Fath al Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala

Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu
diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil
Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum
muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah
tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar.
Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir
bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk
menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa', dan Saad bin
Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.

Ramadhan 9H

Perang Tabuk

Rasulullah SAW tidak menjumpai tentera Rum lalu kembali ke Madinah.

Utusan Thaif

Utusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada saati itu
juga mereka langsung melaksanakan kewajiban-kewajiban dan melaksanakan
puasa disana.

Utusan Raja Himyar

Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan masuk Islam.
Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Beliau
kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk
dokumen bertulis.

Ramadhan 10H

Rasulullah SAW mengutus pasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali
Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku yang
berpengaruh di Yaman langsung menerima Islam dan masuk Islam pada hari
itu juga. Mereka sholat berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

Ramadhan 53H

Kemenangan tentera Islam di pulau Rhodes.

Ramadhan 92H

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke
Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah
kekuasaan Raja Frederic of the Visigoths. Musa ibn Husair, Wali
Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera
Islam, Tariq Ziyad yang memimpin 12 ribu tentera Islam berhadapan
dengan tentera kuffar berjumlah 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja
Frederick. Salah satu peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera
Allah ini semasa perang ini ialah, saat Tariq bin Ziyad mengarahkan
tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur
dengan tentera Raja Frederick. Beliau berkata, "Sesungguhnya, syurga
Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita
terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, apakah mati
tenggelam , atau mati syahid". Pasukan tentera ini bukan saja telah
mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Frederick, malah
mampu membebaskan seluruh Spanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di
sini awalnya zaman keemasan Islam di Andalusia, dengan Islam
menguasainya selama 700 tahun.

Ramadhan 129H

Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim
Al-Khurasany.

Ramadhan 584H

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar
atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang
sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan,
penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia istirahat kerana
risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan
ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya
terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat.
Peristiwa ini terjadi pada pertengahan bulan Ramadhan.
Ramadhan 658H

Saat tentera tartar memasuki Baghdad, yang merupakan pusat
pemerintahan Islam pada masa tersebut. Tentera Tartar telah membunuh
1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk
Kristen supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka di jalanan
dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang
dikumandangkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera-
tentera Tartar yang biadap ini. Musibah ini disambut oleh Saifudin
Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semua kekuatan
kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertemu dengan
mereka pada Jumat, 25 Ramadhan 658H (6 September 1260M) di Ain Jalut.
Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz,
Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau
menjelang ajal , Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata "Wahai
Kekasihku". Hal ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan,
"Janganlah kamu berkata demikian. Lebih kasih lagilah terhadap Islam".
Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di
raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut

Shalom,
Tawangalun.

Kirim email ke