Itu kan hanya mitos. Tak ada bukti sejarah bahwa Ibrahim pernah ke Mekkah. Dan 
kalau mitos ini benar maka Ibrahim tak layak dijadikan Bapa Orang Beriman tapi 
Bapa yang tidak bertanggung jawab. Setelah menghamili lalu meninggalkan 
istrinya di padang tandus. Sungguh seseorang yang tak layak diteladani.
Sent from my BlackBerry®
powered by Sinyal Kuat INDOSAT

-----Original Message-----
From: Roslan <roslan12...@yahoo.co.uk>
Date: Sat, 8 May 2010 08:27:50 
To: <jublinta...@yahoogroups.com>; <noriahkarimu...@yahoogroups.com>; 
<kawan...@yahoogroups.com>; <kawans...@yahoogroups.com>; Brighton 
Technical<bt...@yahoogroups.com>; <janda-m...@yahoogroups.com>; 
<zamanku@yahoogroups.com>
Subject: [zamanku] Fw: [warga-al-ulum] Wanita bernama Siti Hajar

Assalamualaikum,

Tanpa pengorbanan seorang isteri yang solehah dan ibu yang redha kepada 
ketentuan Allah SWT, Mekah tidak akan menjadi tempat seperti sekarang yang 
dikunjungi olih berjuta-juta umat Islam setiap tahun.


Salam, Roslan.  Mobile:013-2020998       Berniaga  dgn Halal BIna Laman Web 
Sendiri  Perlindungan yang Halal Habbatus Sauda

--- On Thu, 5/6/10, Haznim Hashim <honey_te...@yahoo.com.my> wrote:
 

 
  

 
 
  
  
  
  
  Siti Hajar

  

  Dalam bahang terik mentari, di tengah-tengah padang
  pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim a.s. terus menunggang unta bersama
  Siti Hajar. Walaupun perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan
  kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk
  meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu. 

  

  Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus
  bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba- Nya. Pasti ada
  hikmah di sebalik perintah itu. Setelah lebih kurang 6 bulan perjalanan,
  tibalah mereka di Makkah. Nabi Ibrahim memilih salah sebuah lembah di
  tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim a.s. turun dari untanya dan mengikat
  tali unta di sebatang pokok tamar. 

  

  Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang
  dari tadi kehausan, sedikitpun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya,
  bagaimanakah cara memberitahu isterinya tentang perintah Allah SWT itu.
  Sepanjang perjalanan tadi lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata. 

  

  Setelah Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi
  Ibrahim a.s. bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan
  suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil
  merayu-rayu : "Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama
  anakmu di sini?" 

  

  Tanpa memandang wajah isterinya yang dicintainya, Nabi
  Ibrahim a.s. hanya mampu menganggukkan kepala. ""Oh... kiranya
  kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tak
  sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang
  ini." 

  "Tidak wahai isteriku, bukan kerana
  dosamu..." 

  "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak
  ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau
  meninggalkannya? " 

  

  Hati Nabi Ibrahim a.s bagai disayat-sayat. Pilu dan
  pedih hatinya, hanya Allah SWT yang tahu. "Tidak, bukan itu maksudku.
  Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah
  SWT." 

  

  Bila disebut ia perintah Allah SWT, Siti Hajar terdiam.
  Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal
  dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah SWT,
  masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ. Dia sedaya
  upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah SWT. Namun hatinya
  masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah SWT itu? 

  

  Sewaktu gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat
  Allah SWT, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang.
  Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata
  pelusuk dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah SWT.
  Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan ALlah, dengan 
menegakkan
  agama-Nya, perlukan pengorbanan. .. 

  

  Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti
  Hajar berkata kepada suaminya : "Jika benar ia adalah perintah Allah
  SWT, tinggalkanlah kami di sini. Aku redha ditinggalkan" suara Siti
  Hajar mantap sambil mengesat air matanya yang berlinangan.

  

  Ditabahkan hatinya dengan berkata : "Tentang
  keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah SWT. Pasti Dia akan
  membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini." 

  

  Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian
  dikucupnya, minta redha di atas segala perbuatannya selama mereka bersama.
  "Cuma...," katanya lagi, "doakanlah agar datang pembelaan
  Allah SWT kepada kami." 

  

  Nabi Ibrahim a.s sangat terharu dan bersyukur. Isterinya
  Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk
  berdoa : "Ya Tuhan kami, aku tinggalkan anak dan isteriku di padang
  pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami,
  teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia
  tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka dari buah-buahan
  mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu. 

  

  Menitis airmatanya mendoakan keselamatan anak dan isteri
  yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di 
padang
  pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun
  atas keyakinan yang padu pada janji Allah SWT, ditunaikan juga perintah Allah
  SWT walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar. Selesai berdoa, tanpa
  menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim a.s terus meninggalkan
  tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah SWT. Tinggallah Siti
  Hajar bersama anaknya yang masih merah di dalam pelukannya. Diiringi
  pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk
  menerima segala kemungkinan yang akan berlaku. 

  

  Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim a.s, bekalan
  makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga telah kering sama sekali.
  Anaknya Ismail a.s menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak
  diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu? Sedang dia
  mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia
  berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah
  fatamorgana. Namun SIti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain dia
  ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber
  mata air. Diapun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang
  dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia telah berulang-alik
  sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber
  air. 

  

  Walaupun tubuhnya telah keletihan berlari ke sana ke
  mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air.
  Sedangkan anak yang telah kehausan itu terus menangis sambil
  menghentak-hentakka n kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah SWT,
  sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di
  hujung kaki anaknya Ismail a.s. Waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan 
kepalang.
  Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami,
  zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata
  kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku." 

  

  Selepas peristiwa itu, kabilah-kabilah yang berlalu akan
  berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah
  Bakkah (Mekah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah
  SWT. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan
  Mekah menjadi tumpuan manusia untuk berdatangan. 

  

  Ya, Siti Hajar, seorang wanita solehah yang merupakan
  isteri Nabi yang paling dicintai ALlah SWT, adalah perintis kepada semua
  peristiwa itu, hingga Makkah sekarang menjadi tempat yang paling diberkati
  dan aman.  
  
  
    
  
  
 




   







    
     

    
    


 



  






      

Kirim email ke