Umat Islam perlu bangkit tangani isu Palestin
Wed | Jun 28, 06 | 02:47:46 PM
Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Umat Islam seluruh dunia diminta bangkit dan bersatu bagi menangani tindakan ganas baru rejim Zionis yang siap sedia melancarkan serangan ke atas kedudukan Palestin terutama di Gaza.

Bagi rakyat Palestin pula, mereka perlu berjihad ataupun berperang secara gerila bagi pertahankan buminya daripada dijajah Israel, kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu,.

Beliau berkata ini disebabkan rakyat Palestin tidak ada kuasa autonomi apatah lagi dalam bidang ketenteraan yang membabitkan penggunaan senjata canggih seperti kereta kebal, peluru berpandu dan roket.

"Rejim Zionis pula mempunyai kelengkapan peperangan yang cukup canggih untuk menakluki dan menzalimi rakyat dan bumi Palestin," katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini.

Katanya, perang dilancarkan hanya disebabkan hanya seorang askar Israel diculik orang Palestin dengan rejim Zionis bersedia menyerang bandar Gaza.

Hari ini, agensi berita melaporkan beribu-ribu askar dan ratusan kereta kebal Israel ditempatkan di sempadan Gaza sebagai persiapan untuk melancarkan serangan besar-besaran untuk membebaskan seorang askar kerahannya yang diculik.

Mohamad berkata, dasar Israel sememangnya suka menjajah negara orang dan membunuh rakyat peribumi negara tersebut.

Malah katanya, sebelum ini bukan seorang tetapi beribu-ribu rakyat Palestin yang ditahannya tetapi hari ini hanya kerana seorang rakyatnya ditahan oleh orang Palestin, Tel Aviv terus melancarkan serangan besar-besaran.

"Saya rasa tidak ada pilihan lain, rakyat Palestin hari ini kena berjihad tambahan pula dasar Israel tidak boleh berunding dan kalau boleh kerajaan pimpinan Hamas perlu meminta pertolongan dari kumpulan Hizbullah."

"Ini perlu bagi mencari jalan bagaimana untuk menentang Israel kerana setakat ini Hizbullah yang berjaya mengajar Israel," katanya.

*****************************************************

Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Artikel akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.





SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia flower
Malaysia flower shop Malaysia phone card Malaysia calling card


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke