Pengerusi Umno label Adun PAS sebagai 'spesis'
Wed | Jun 28, 06 | 06:49:54 PM
Oleh Salmah Mat Husain PASIR MAS, 28 Jun (Hrkh) - Istilah 'spesis' yang digunakan Dato' Seri Annuar Musa terhadap Adun PAS Chetok pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini dianggap mencerminkan keperibadian sebenar pemimpin terbabit.
Adun Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai melampau kerana penggunaan istilah tersebut tidak sesuai dikaitkan pada manusia.

"Pada persidangan itu saya ingin menjelaskan memang tidak ada perkataan PAS dalam al-Quran, tetapi Allah telah menghuraikan secara umum mengenai perjuangan dan persatuan Islam sebagaimana dibawa PAS sekarang, itu sahaja.

"Tetapi alangkah terkejutnya apabila dikatanya saya adalah spesis terakhir yang akan pupus. Saya juga tidak menyangka dia akan menggunakan perkataan itu walaupun semua orang tahu dia dikenali sebagai seorang pemimpin yang 'panas baran," katanya ketika ditemui di sini.

Sehubungan itu, beliau mencabar Adun Kok Lanas yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan bertanding di Chetok pada pilihan raya umum akan datang untuk mengukur sejauh mana penerimaan rakyat terhadapnya.

"Waktu itu kita boleh tahu adakah spesis seperti saya yang akan pupus atau dia (Annuar). Ini kerana di Dun Chetok tidak ramai pengundi pos seperti di Kok Lanas," ujarnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Annuar mempamerkan keangkuhannya sebelum diberi peluang menerajui kepemimpinan kerajaan negeri lagi.

"Bukan sahaja angkuh, sombong dan bongkak sebagaimana yang disebut anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa, sebaliknya kurang beradab sehingga tidak mencerminkan watak sebenar seorang pemimpin," ujarnya.
******************************************

Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Artikel akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" – The Wall Street Journal __._,_.___

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.





SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia flower
Malaysia flower shop Malaysia phone card Malaysia calling card


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke