Kampung Berembang: Rundingan diteruskan, rumah didirikan                  
          
                         
                        
                                       Anis Nazri      
         Tue | Jan 16, 07 | 06:45:42 AM                             KUALA 
LUMPUR, 16 Jan (Hrkh) - Setelah hampir tiga bulan berpanas dan berhujan di   
bawah khemah, penduduk Kampung Berembang kini bertindak berani  mendirikan 
semula rumah   mereka yang dirobohkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), 
Nov lalu.

   
 Rumah-rumah itu didirikan penduduk kampung sementara rundingan mengenai 
beberapa tuntutan   mereka dipertimbangkan pihak pemaju.

 
 Setiausaha Jawatankuasa Rayuan dan Penyelesaian kampung itu yang hanya mahu 
dikenali sebagai   Alizan, berkata rundingan itu baru berlangsung beberapa hari 
lalu melalui orang tengah, dan masih   terlalu awal untuk menjangkakan tindakan 
pemaju.

 
 "Rundingan ini masih baru, tak tahu apa tindakan mereka.  Sama ada setuju, 
atau tidak dengan   tuntutan kita.  Kena tunggu dululah," katanya ketika 
dihubungi Harakahdaily.


 
 Sebelum ini, penduduk mengemukakan beberapa tuntutan kepada pemaju, termasuk 
penempatan   baru yang berdekatan dan munasabah, ganti rugi atas kerosakan 
ketika perobohan, serta pampasan   dan sewa bulanan sekiranya pemaju gagal 
memenuhi kedua-dua tuntutan utama penduduk.

 
 Sementara itu, Harakahdaily dimaklumkan, surau kampung berkenaan masih dalam 
pembinaan   dan dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung 
terbabit.

 
 Pada November lalu, Kampung Berembang menjadi seolah-olah kawasan 'zon perang' 
yang dipenuhi   timbunan sampah dan sisa-sisa papan setelah 60 rumah penduduk 
kampung berkenaan dirobohkan   MPAJ secara zalim dan ganas.

 
 Kes mengenai hak milik tanah kawasan terbabit masih berada di dalam 
perbicaraan, yang   ditangguh ke April tahun ini oleh Mahkamah Tinggi Shah 
Alam. - lanh    

                
---------------------------------
 What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.

Kirim email ke