PETIKAN : Blog Dr Azhar Hj Sarip

 Langit tidak selalu
cerah<http://aku-ok.com/blog/2010/08/langit-tidak-selalu-cerah/>



<http://aku-ok.com/blog/wp-content/uploads/2010/08/langit.jpg>

Kadang-kadang apabila kita mendapat sesuatu yang kita suka, kita menyangka
ianya bakal menjadi kepunyaan kita buat selamanya.  Kadang-kadang kita
berfikiran tiada apa yang mampu menukar perancangan kita kerana ianya sudah
kita rancang dengan teliti.  Malangnya kita lupa bahawa hidup ini seperti
roda yang sentiasa berputar tanpa mengira waktu rehatnya.  Putarannya
sentiasa berlaku biarpun kita cuba memberhentikannya.  Apabila langit yang
cerah tiba-tiba dilanda hujan maka kita menjadi muram kerana keinginan kita
menjadi luruh.  Kita mungkin melihat kesalahan itu pada awan yang membawa
hujan tanpa menyedari ianya berlaku kerana itulah sifat alam.  Begitu juga
dengan kehidupan, apabila sesuatu perkara terbantut di tengah jalan, kita
jarang sekali melihat kesalahan itu pada diri sendiri kerana mata fizikal
hanya mampu memandang keluar tanpa cuba melihat ke dalam diri.  Hakikatnya
kita juga adalah penyumbang utama penghalang kepada cita-cita kita.  Mungkin
itulah pelajaran yang selalu kita alpakan.  Antara kelemahan yang sering
kita remehkan walhal ianya cukup kuat untuk member impak dalam kehidupan
kita secara keseluruhannya adalah mudah kasihan bak kata seniman agung
P.Ramlee dalam salah satu filemnya “murah hati.”

Baik hati itu satu sikap yang bagus tetapi murah hati itu amat
membinasakan.  Baik hati bakal membuatkan seseorang itu dihormati kerana
sikap prihatinya itu namun sebaliknya murah hati membuatkan seseorang itu
mudah ditindas atau diperlekehkan.  Bukan tujuan saya untuk menggalakkan
anda menjadi orang yang keras hati tetapi kita perlu menjadi orang yang
tegas dalam mengemudi kehidupan kita.  Jika kita tidak bertindak untuk
mengemudi kehidupan kita maka pasti ada orang lain yang melihatnya sebagai
satu peluang untuk dimanfaatkan.  Hasilnya kemusnahan masa hadapan akan
berlaku dan lebih buruk lagi apabila ianya melibatkan orang yang kita
sayang.  Satu sikap yang kelihatan baik tetapi cukup memusnahkan yang boleh
dikategorikan dalam skop perbincangan kita tadi adalah kesukaran untuk
berkata “TIDAK” dan keberatan untuk berterus terang.  Masyarakat kita sering
berhadapan dengan tekanan kerana mereka membiarkan diri mereka untuk
dipergunakan biarpun ianya berlaku tanpa kerelaan.  Kita mungkin mempunyai
pengalaman di mana kita tidak mahu melakukan sesuatu perkara namun terpaksa
juga melakukannya kerana ketidakmampuan kita menolak permintaan yang
diajukan.  Kita takut melukakan hati orang lain jika kita berkata “TIDAK.”
Kita memendam rasa marah dan sebagainya demi menjaga hati orang lain.
Akibat kelemahan diri sendiri, kita akhirnya berada dalam keadaan tertekan
dan bermulalah pelbagai masalah dalam hidup.

Begitu juga dengan sikap tidak mahu berterus terang.  Jika kita ditanya atau
diminta untuk memberi satu-satu pandangan, kemungkinan besar pandangan itu
jauh dari dari apa yang ingin kita sampaikan itu besar kerana jika hal
sebenar yang diberitahu, kita takut nanti ianya akan menyakiti hati orang
lain.  Sekali lagi kita benar-benar baik kerana sanggup menjaga hati orang
lain dari menjaga hati sendiri.  Kebaikan yang memusnahkan.  Tidak salah
dalam menjaga hati orang lain bahkan ianya satu perkara yang mulia namun
ianya menjadi beban nestapa seandainya kita tidak menjaga hati kita sendiri
kerana akhirnya kesusahan itu akan berbalik kepada kita sendiri.  Kita juga
perlu jujur dalam member pandangan kerana seorang sahabat adalah seorang
yang jarang memuji tetapi sentiasa berlaku jujur dalam memberi pandangan
biarpun pahit untk ditelan.  Member pandangan tidak pula bermakna
menghentam, dua perkara yang sering disalahertikan.  Memberi pandangan mesti
diikuti dengan jalan keluar atau cadangan namun menghentam hanya memberi
tekanan kepada keburukan sedia ada.

Justeru, kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi hari cerah kerana
langit tidak selalu cerah.  kita perlu menjadi orang yang berani untuk
berkata “TIDAK” seandainya kita tidak mahu melakukan sesuatu perkara dan
kita berlaku jujur seandainya kita diminta member pandangan.  Persoalan yang
sering timbul adalah keinginan kita untuk menjadi orang tegas dan terbuka
namun kita tidak tahu bagaimana caranya untuk kita berubah sedemikian rupa.
Insya Allah, kali ini kita mengupas cara mudah yang mungkin selama ini kita
rasakan susah.  Caranya cukup mudah, Cuma perlukan sedikit latihan selama 21
hari.  Apa yang perlu anda lakukan ialah pejamkan mata anda dan kemudian
tariklah nafas sedalam mungkin.  Setelah nafas ditarik sedalam mungkin tahan
nafas dan sebut nama anda di dalam hati sebanyak 33 x.  lakukan sekerap
mungkin.  Perhatikan sikap anda dalam masa 21 hari latihan, adakah anda kini
lebih tegas, adakah anda kini lebih telus dalam member pandangan dan adakah
anda lebih berani.  Pengalaman para peserta yang dilatih dengan kaedah ini
telah membuktikan bahawa perubahan ketara berlaku.  Meskipun begitu, bagi
mereka yang mempunyai sakit jantung atau lelah mahupun para ibu yang hamil
tidak sesuai untuk melakukan kaedah ini dan ada kaedah khusus untuk mereka
gunakan bagi mencapai objektif yang sama.  Semoga anda dapat melakukannya
dengan penuh disiplin dan semoga anda menjadi warga yang berani dan
dihormati jauh dari ditindas.  Bangsa yang maju adalah bangsa yang mana
masyarakatnya adalah masyarakat yang berani menyuarakan pendapat dengan cara
yang betul, berani mempertahankan dirinya dari diperkotak-katikkan.  Insya
Allah sikap baru ini akan diwarisi pula generasi baru yang bakal membentuk
satu tamadun bangsa yang cukup disegani.  Perkara ini bukan sahaja
memberikan satu ketegasan baru tetapi ianya juga akan membawa satu sikap
disiplin diri yang tinggi.  Justeru kita juga boleh memberitahu anak-anak
kita untuk melakukannya.  Selamat mencuba, selamat menjadi manusia baru,
selamat menjadi orang yang berpendirian, selamat menjadi orang yang
dihormati dan disegani.

Wallahu a’lam.


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

Kirim email ke