Dear All,
Imsak bukan waktu bermula puasa. Ulama' memilih nama Imsak dan ia merupakan itu
waktu "grace", yang diambil dari sunnah nabi. Nabi sebagai contoh, berhenti
makan sahur dalam lebih kurang 10 bacaan ayat quran sebelum azzan subuh
(sekarang 10 minit). Sebagai seorang manusia contoh, baginda berhenti makan
awal, bersihkan mulut dan bersiap untuk solat subuh. Jadi Nabi tidak pernah
tergopoh-gapah ke masjid. Dalam hadith lain nabi melarang bergopoh-gapah ke
masjid, nanti kita masuk solat untuk bersama imam dalam gopoh dan nafas pun
tercungap-cungap. Nanti bacaan fatihah pun tak aman. 

Memang betul bahawa kita masih boleh makan dalam waktu imsak sehingga subuh
(terbit fajar). Tapi cara ini bukan amalan nabi untuk dijadikan ikutan. Kalau
kita nak ajar anak kita pun, ajarlah yang baik. Namun kita masih ada waktu
"grace" (kalau dalam bola injury time) tersebut. Ulama' sunni bersepakat bahawa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Namun didalam ayat
Allah di dalam Al-Quran Allah menyuuruh kita berpuasa sampai ke malam. Timbul
persoalan ialah definisi malam.
Wassalam. 




________________________________
From: "brot...@yahoo.com" <brot...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, August 10, 2010 11:30:47
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Menilai Kembali Penetapan Waktu Imsak Dalam
Bersahur

 
Menilai Kembali Penetapan Waktu Imsak Dalam Bersahur

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Di ketika bulan Ramadhan, kita diperintahkan untuk berpuasa di siang hari dan
berbuka di malam harinya. Selagi mana waktu masih malam, iaitu selagi belum
masuknya Subuh, maka kita dibolehkan untuk makan, minum, dan menggauli isteri
yang mana perkara ini diharamkan dilakukan di waktu siangnya. Ini adalah
berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):

“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Ramadhan untuk bercampur dengan
isteri-isteri kamu - mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pula adalah pakaian
bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu,
kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang
campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan
makan minumlah sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar
(masuknya waktu subuh).” (Surah al-Baqarah, 2: 187)

Adalah menjadi sunnah Rasulullah di bulan Ramadhan sebelum memulakan puasanya,
ialah dengan bersahur dan melewatkannya di penghujung waktu. Ini adalah
sebagaimana hadis dan atsar berikut:

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sahur adalah makanan yang penuh berkah. Oleh itu, janganlah kamu
meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air. Allah dan para malaikat-Nya
berselawat kepada orang-orang yang bersahur.” (Hadis Riwayat Ahmad, 17/150, no.
11086. Dinyatakan sahih oleh Syaikh Syu’aib al-Arnauth)

Daripada ‘Amr bin Maimun al-Audi, beliau menyatakan, “Para sahabat Muhammad
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah orang-orang yang paling bersegera dalam
berbuka dan paling terakhir (lewat) di dalam bersahur.” (Atsar Riwayat
‘Abdur-Razzaq, al-Mushannaf, no. 7591. Dinilai sahih sanadnya oleh al-Hafiz Ibnu
Hajar, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 4/199. Dan al-Haitsami, Majma’
az-Zawa’id, 3/154)

Waktu Yang Disunnahkan Untuk Mula Bersahur

Waktu untuk memulakan sahur adalah sekitar kira-kira tempoh bacaan lima puluh
ayat al-Qur’an sebelum masuknya subuh. Ini menunjukkan sekitar 15 atau 10 minit
sebelum masuknya waktu subuh.

Ianya berdasarkan sebuah hadis daripada Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu,
bahawasanya beliau pernah berkata: “Kami pernah makan sahur bersama Nabi
Shalallahu ‘alaihi wa Sallam. Setelah itu beliau segera menunaikan solat.” Aku
bertanya, “Berapa lama jarak antara azan dengan sahur?” Beliau menjawab,
“Kira-kira sama seperti (panjangnya) bacaan lima puluh ayat al-Qur’an”. (Hadis
Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dan penjelasan seterusnya, daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, bahawa
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Janganlah azan bilal
menjadikan kamu berhenti dari makan sahur, kerana beliau mengumandangkan azan
pada malam hari (azan pertama sebelum masuknya subuh). Maka, makan dan minumlah
sehingga kamu mendengar azan yang dikumandangkan oleh Ibnu Ummi maktum, kerana
ia tidak mengumandangkannya sehingga telah benar-benar masuk waktu subuh.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, ia menunjukkan bahawa masih dibolehkan makan dan minum
(bersahur) selagi mana belum jelas masuknya waktu subuh. Ini dapat dilihat dari
maksud hadis tersebut di mana para sahabat dibolehkan untuk makan dan minum
sehingga mendengar azannya Ibnu Ummi maktum. Manakala Ibnu Ummi maktum pula
hanya akan melaungkan azan setelah masuknya waktu Subuh dan apabila
diperintahkan (diberitahukan) untuk mengumandangkan azan, barulah beliau akan
melaungkannya disebabkan beliau adalah seorang yang buta.

Kesalahan Penetapan “Waktu Imsak” 10 Minit Sebelum Subuh Atau Yang Seumpamanya

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),

“Dan Makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang
hitam iaitu fajar (masuk waktu subuh)”. (al-Baqarah, 2: 187)

Menetapkan tempoh-tempoh tertentu secara khusus supaya berhenti makan sahur
sebelum terbitnya fajar shadiq, maka itu bukanlah suatu yang berasal daripada
sunnah. Apa yang jelas di dalam sunnah adalah melewatkan sahur dan dibolehkan
berhenti makan atau minum sehingga benar-benar telah masuknya waktu subuh dengan
yakin. Ianya selain dijelaskan oleh ayat al-Qur’an di atas, ia juga memiliki
hujjah yang jelas dari banyak hadis-hadis Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa
Sallam.

Di antaranya adalah sebagaimana hadis daripada ‘Aisyah di atas berkenaan azannya
Bilal dan Ibnu Ummi Maktum.

Di ketika bersahur, apabila tiba-tiba azan subuh dikumandangkan sedangkan
makanan di tangan dan di dalam mulut belum lagi dihabiskan, maka adalah
dibolehkan menghabiskan makanan dan minuman tersebut walaupun di ketika waktu
berkumandangnya azan. Ini adalah sebagaimana hadis Rasulullah berikut:

“Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman
(atau makanan) masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga
ia menyelesaikan hajatnya (menghabiskannya).” (Hadis Riwayat Ahmad, 16/368, no.
10629 - Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya hasan. Abu Daud, Kitab
ash-Shaum, 6/297, no. 2003 – komentar Syaikh al-Albani: Isnadnya hasan sahih,
disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi, Shohih Sunan Abi Daud,
7/115, no. 2035. Daripada Abu Hurairah)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata di dalam kitabnya, Fathul
Bari Syarah Shohih al-Bukhari (4/199): “Termasuk perbuatan bid'ah yang mungkar
adalah yang diada-adakan pada zaman ini (pada zamannya), iaitu mengumandangkan
azan kedua (azan Subuh) sepertiga jam (sekitar 20 minit) sebelum waktunya di
bulan Ramadhan, serta memadamkan lampu-lampu yang dijadikan sebagai tanda telah
haramnya makan dan minum bagi orang yang mahu berpuasa, mereka menganggap
perbuatan ini sebagai rangka ihtiyath (langkah berhati-hati) dalam ibadah, tidak
ada yang mengetahuinya melainkan beberapa bilangan manusia sahaja, malah
sehingga perkara ini mengheret mereka pula kepada perbuatan mengumandangkan azan
ketika telah terbenam matahari beberapa peringkat (melewatkan azan maghrib),
untuk meyakinkan telah masuknya waktu berbuka puasa (menurut sangkaan mereka)
dengan mengakhirkan (melewat-lewatkan) berbuka dan menyegerakan sahur, sehingga
menyelisihi sunnah. Oleh sebab itu, terlalu sedikit kebaikan daripada mereka dan
banyaknya keburukan yang berasal daripada mereka pun tersebar, Allahul Musta'an.

Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah turut mengulas persoalan ini
melalui salah satu kitabnya, “Tamamul Minnah” ketika membantah kenyataan Sayyid
Sabiq sebagaimana berikut:

“Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman
(atau makanan) masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga
ia menyelesaikan hajatnya (menghabiskannya).”

Ibnu Hazm juga meriwayatkannya dan menambah: “Ammar (iaitu Ibnu Abi ‘Ammar,
perawi Abu Hurairah) mengatakan:

“Mereka dahulu mengumandangkan azan ketika telah terbit fajar (setelah masuknya
waktu Subuh)”.

Hammad (iaitu Ibnu Salamah) mengatakan dari Hisyam bin Urwah:

“Ayahku memberi fatwa demikian.”

Sanadnya sahih berdasarkan syarat Muslim dan memiliki hadis-hadis penguat yang
telah saya (Syaikh al-Albani) sebutkan dalam at-Ta’liqat al-Jiyad dan juga
ash-Shahihah (1354)”.

Ini adalah sebagai dalil bahawa seseorang yang mendapati fajar mulai terbit,
makanan dan minuman masih di tangannya, maka masih boleh baginya makan. Allah
berfirman:

“Makan dan minumlah kamu sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam
iaitu fajar”. (al-Baqarah, 2: 187)

Tiada percanggahan di antara ayat ini dan hadis-hadis yang semakna dengannya,
serta tidak ada ijma’ (kesepakatan) yang membantahnya. Bahkan sebilangan besar
sahabat dan selain mereka menerima hadis ini dan berpendapat lebih dari itu,
iaitu dibolehkannya makan sahur sehingga fajar tampak (kelihatan) jelas dan
warna putih (terang) telah menyebar ke segala penjuru. (Lihat: Fathul Bari
Syarah Shohih al-Bukhari, 4/109-110)

Dari pengertian hadis ini, dapatlah diambil pelajaran bahawa menetapkan adanya
“waktu imsak” secara khusus sebelum masuknya subuh adalah perbuatan bid’ah (yang
diada-adakan). Seandainya mereka mengetahui dan memahami rukhsah (kelonggaran)
ini tentu mereka tidak melakukan bid’ah seperti ini (menetapkan adanya waktu
imsak sebelum subuh). (Lihat: Tamamul Minnah fii Ta’liq ‘Ala Fiqhus Sunnah, m/s.
417-418)

Disusun oleh:
Nawawi B. Subandi
Penuntut Ilmu dan Penulis Blog


@Brother Nawawi
+60126887715
YM: nawi...@yahoo.com
MSN: dimens...@hotmail.com 
http://an-nawawi.blogspot.com
http://galeriniaga.blogspot.com





Kirim email ke