*Kewajiban Berpuasa Dibulan Ramadhan* *Hadith :***
*Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu
(berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada
pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)”.*
*
Huraian
1. Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang
membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar hingga tenggelam matahari
2. Umat Islam adalah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan apabila sahaja
ternampaknya hilal iaitu anak bulan, dan disertai pula pengisytiharan
bermulanya puasa oleh pihak yang berkuasa.
3. Asas penentuan bulan Ramadhan dan Syawal adalah berpandukan kepada anak
bulan (hilal) yang disandarkan kepada dalil al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
4. Islam juga telah memberi garis panduan kepada umatnya untuk menentukan
tarikh puasa dan juga hari raya dengan mengikut rukyah atau pun hisab.
5. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. iaitu ketika berbuka dan
kegembiraan ketika menemui Allah di hari akhirat kelak.
*
-
* --
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Lidah orang yang berakal terletak
di belakang hatinya. Hati orang yang
bodoh terletak di belakang lidahnya~~~

~~~**fairlady.sha...@gmail.com* <fairlady.sha...@gmail.com>*~~~
~~~**fairlady.sha...@yahoo.com* <fairlady.sha...@yahoo.com>*~~~*

Kirim email ke