Ayah saya ada sikitlah dusun berhampiran Gunung Datuk, Kg Batang Nyamor, Rembau. Adalah petai 1-2 pokok, cempedak 1-2 pokok, durian beberapa batang. Dusun ni memang ayah jaga, selalu ditebas dan tiada semak.
Hasil dusun dikongsi , tidak dijual. Makan sekeluarga dan dikongsi dengan kera, monyet, tupai dan PENCURI. Baru-baru ni PENCURI ambil semua petai dan cempedak. Sebenarnya banyak PETAI di Rembau ini , kalau pemilik dusun alpa sikit ianya akan dicuri. Yang curi ini orang MELAYU. Jadi berhati-hatilah kepada mereka yang membeli PETAI di REMBAU, jangan bersubahat dengan PETAI CURI. Petai ni makruh, tapi kalau dah PETAI CURI, Entahlah. Masalah orang Melayu REMBAU pemalas , hanya suka curi buah orang di dusun ni, rasanya berlaku di mana-mana. Orang MELAYU malas nak usaha kebun, hanya rajin curi hasil kerja titik peluh orang macam ayah saya yang dah berumur 73 tahun, sedangkan pencuri tadi sihat lagi , muda lagi. PUNCA nak tak tahu kenapa ? SEBABNYA orang Melayu dah tak tahu apa itu Dosa dan Pahala , apa itu Syurga dan Neraka. Masjid-masjid di Rembau dan seluruh Negeri Sembilan ini banyak yang nak mati, yang ada imam tua yang bacaan pun susah nak dengar. Pengerusi Majils Agama Islam Negeri Sembilan tak risau ke akan ditanya di akhirat nanti apa usaha tuan untuk mengimarahkan masjid di Negeri Sembilan ini. Macamana nak ajak orang kampung ke masjid ajar mengenal dosa dan pahala, syurga dan neraka supaya gejala BALA WABAK mencuri buah di Rembau dan seluruh Negeri Sembilan ini dapat dikurangkan dan agar orang ramai yang beli buah dan petai tepi jalan di Rembau tidak terlibat dalam membeli buah yang ada unsur syubahat ? Bagi saya mudah, lagi banyak pencuri ini curi buah, lagi banyak boleh tuntut semula di akhirat dari pencuri buah tadi. Tapi kesian juga, pencuri tadi tak kenal dosa dan pahala kerana masjid di Negeri Sembilan makin mati. Kalau boleh nak tengok pencuri tadi insaf dan sama-sama masuk syurga. Nak harapkan hukum hudud, entah bila akan terlaksana di Malaysia ini. Kalau yang menentang hukum hudud itu bukan Islam , biasalah. Takkan kita nak suruh orang bukan Islam sokong hukum hudud, lebih baik kita ajak dia masuk Islam. Apa guna kita bersorak gembira orang bukan Islam sokong hudud, tetapi mereka tidak mendapat hidayah Allah, yang menyebabkan mereka saudara sebapa dengan kita iaitu Nabi Adam tidak mendapat rahmat Allah di akhirat nanti. Tapi yang peliknya orang Islam yang tak sokong hukum hudud.