السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Bumiputera

Post under Sejarah   Dicatat oleh Naim Qlate

Bumiputera atau peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti
di Tanah Melayu. Golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut undang-undang
adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu (menurut tarifan Perlembagaan
Malaysia), peribumi Sabah, dan peribumi Sarawak.
Dasar Pro-bumiputera
Dasar pro-bumiputra tertentu wujud sebagai suatu alat aksi afirmatif untuk
bumiputera. Dasar sebegini termasuk kuota untuk yang berikut: kemasukan ke
Institusi Pengajian Tinggi Am (IPTA), kelayakan untuk biasiswa Kerajaan, jawatan
dalam kerajaan dan pemilikan perniagaan. Kebanyakan dasar ini dibentuk dalam
Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP). Banyaknya memberi tumpuan pada menerbitkan
pemilikan saham bumiputera dalam korporat sekurang-kurangya 30 peratus. Matlamat
ini asalnya dicadangkan oleh Ismail Abdul Rahman, setelah kerajaan tidak dapat
mencapai persetujuan atas satu matlamat dasar yang sesuai.
Contoh-contoh dasar pro-bumiputera:
        1. Syarikat disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur mesti mencari 
Bumiputera
untuk memenuhi sekurang-kurangnya 30% saham sebagai salah satu syarat untuk
disenaraikan.
        2. Peratusan tertentu kawasan perumahan hendaklah dijual kepada 
Bumiputera.
Pembangun rumah perlu memberikan sekurang-kurangnya 7% potongan kepada pembeli
Bumiputera.
        3. Dana bersama (mutual fund) Kerajaan tertentu hanya terhad 
pembeliannya
kepada Bumiputera sahaja.
        4. Banyak projek perlu tender kerajaan memerlukan syarikat yang 
menghantar
tender dimiliki Bumiputera. Syarat ini mengakibatkan syarikat bukan Bumiputera
bekerjasama dengan syarikat Bumiputera yang mendapat projek dengan amalan yang
dikenali "Ali Baba", di mana Ali (Bumiputera) wujud semata-mata untuk memenuhi
syarat ini dan Baba (bukan Bumiputera) memberi Ali jumlah tertentu sebagai
pertukaran. Projek-projek terhad kepada Melayu bagi mereka menimba pengalaman di
berbagai-bagai bidang. Namun projek-projek tersebut selalunya dijual kepada
bukan Melayu kerana pentendernya tidak berminat (atau malas) bekerja, dan hanya
berminat untuk memenangi kontrak sahaja (untuk duit cepat).
        5. AP kereta diberi khasnya kepada Bumiputera untuk mengimport kereta. 
Syarikat
pengedar kereta yang berhajat membawa masuk kereta perlu mendapat AP (permit).
AP asalnya diwujudkan untuk membenarkan Bumiputera mengambil bahagian dalam
industri kereta. Pada 2004, the Edge (suatu akhbar perniagaan Malaysia)
menjangka bahawa setiap keping AP bernilai lebih kurang RM35,000. The Edge juga
menjangka bahawa Nasimuddin Amin, pengerusi Naza Group menerima 6,387 keping
pada 2003, menjadikannya penerima AP terbesar. 12,234 keping AP diisu pada 2003.
Tambahan pula, pembuat kereta asing diwajibkan membayar antara 140% dan 300%
duti import. Ekoran dasar-dasar ini, banyak jutawan Bumiputera lahir dengan
senangnya daripada hubungan mereka.
Keadaan Kini
Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mengulas tentang pergantungan
Bumiputera pada dasar pro-Bumiputera:-
"Kami telah cuba memberitahu mereka kalau mereka bergantung pada subsidi, mereka
akan terus menjadi lemah. Tapi mereka macam tidak faham. Kami memberitahu mereka
kalau mereka guna tongkat, mereka tidak boleh berdiri. Buanglah tongkat, berdiri
tegak kerana anda masih ada kemampuan itu. Saya pernah cakap tentang ini dan
sebagai seorang doktor saya amat tahu maksud tongkat tetapi mereka tetap mahu
cari jalan senang. Kalau saya ada AP dan jualkannya untuk mendapatkan wang, itu
tiada masalah, kata mereka."
Penterjemahan Bahasa Inggeris
"We have tried to tell them if you depend on subsidies, you are going to be very
weak. But they don’t seem to understand. We tell them if you use crutches, you
will not be able to stand up. Throw away the crutches, stand up straight because
you still have the capacity. I have talked about this thing and as a doctor I
know very well the meaning of crutches but somehow or rather they want the easy
way out. If I get an AP and I sell it and make some money, it’s all right, they
say."
Mahathir Mohammad pada tahun 2004 mengulas graduan Melayu mempunyai kadar
pekerjaan rendah kerana "graduan Cina memilih mata pelajaran yang betul supaya
mereka boleh diambil. Kami mendapati bahawa graduan Melayu, terutamanya yang
berasal dari aliran Melayu, tidak fasih berbahasa Inggeris. Tidak kisah berapa
harga anda letak pada sijil, hakikatnya majikan hendak mengupah seseorang yang
dapat berkomunikasi. Majikan itu bukan Melayu, mereka dari luar negara. Dan
sekiranya mereka tidak dapat berkomunikasi dengan anda, mereka tidak akan
mengambil anda."
Tambahan pula, penuntut Melayu yang ditaja oleh kerajaan cenderung untuk
mengambil mata pelajaran seperti Hukum Syariah, Sejarah Islam dan lain-lain mata
pelajaran berkaitan Islam. Daripada memilih untuk belajar Bahasa Inggeris dan
mata pelajaran yang bernilai ekonomi (contohnya Kejuruteraan, Perubatan dan
sebagainya) ada yang pergi melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dan mempelajari
Bahasa Arab. Namun demikian, akibat tindakan yang kurang pragmatik ini adalah
malang - pada Jun 2006, ia didedahkan bahawa sekumpulan 169 penuntut yang
dihantar ke Universiti Al-Azhar di Kairo menghadapi masalah dengan Bahasa Arab,
dan hanya 5 penuntut yang menghabiskan kursus mereka. Perdana Menteri Malaysia
Abdullah Ahmad Badawi telah mengkritik tren kalangan penuntut Melayu untuk
memilih "mata pelajaran senang" yang langsung tiada nilai di pasaran kerja.
Menteri Pelajaran Tinggi Malaysia, Mustapa Mohamed, pernah menyatakan keinginan
kerajaan untuk mengambil lebih staf akademik bukan Bumiputera untuk "mencapai
taraf institusi kelas antarabangsa", yang menandakan suatu usaha ke arah
mengurangkan profail berdasarkan kaum di kalangan ahli akademik.
Namun, setakat 2007, kaum Cina Malaysia menguasai profesyen akauntan, arkitet
dan jurutera manakala kaum India Malaysia menguasai profesyen veterinarian,
doktor, peguam dan doktor gigi jauh melebihi nisbah populasi masing-masing
berbanding Bumiputera.


()"" ' )   Nakhai’e
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia
hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka
beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana
sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok
adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg
sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg
kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah
rahmat Allah selalu, Amin.


Kirim email ke