memang betul saya juga sering memerhatikan bahawa bila solat berjemaah, 
kebanyakan saf kurang sempurna (tak rapat sebagaimana yg sepatutnya), 
kadangkala saya menarik tangan rakan disebelah untuk merapatkan saf namun ada 
juga yg masih agak degil mungkin tak suka terlalu rapat kerana tiada keselesaan 
dlm solat namun itulah yg sebetulnya.

--- On Thu, 19/8/10, roz...@yahoo.com <roz...@yahoo.com> wrote:


From: roz...@yahoo.com <roz...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Solat Jemaah Sentuh Bahu Ubat Pelbagai 
Penyakit
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Thursday, 19 August, 2010, 7:14 PM


 



Semasa saya belajar di luar negara , apabila solat berjemaah dengan pak-pak 
Arab atau Mat Saleh, saf akan rapat, bahu akan bersentuh, jari kaki juga akan 
bersentuh dengan jemaah di kiri kanan kita. Tapi , sayang di Malaysia, jarang 
betul nak jumpa senario begini. Kita lebih suka solat jemaah tak bersentuh bahu 
dan jari kaki.

Walhal Nabi Muhammad saw yang sepatunya yang kita kasihi dan contohi suruh kita 
rapatkan saf bila sembahyang, Mungkin sebab banyak saf kita tak rapat, maka 
macam-macam kacau bilau berlaku di Malaysia sekarang ini di kalangan umat Islam.

Dari saf solat yang tak rapat , dah nampak umat Islam di Malaysia ini tak 
bersatu hati.

Bila kita dah tua ni, badan semakin lemah, uban makin banyak, itu semua tanda 
nak mati. Saya mengalami masalah tidak stabil apabila berdiri lama dalam solat, 
ianya berkaitan dengan sistem keseimbangan badan dalam telinga.

Kalau solat diri lama, rasa nak jatuh. Bila solat tarawikh kena duduk. Carilah 
terapi dalam internet. Antara terapinya ialah perlu ada sokongan bila berdiri, 
atau gerak-gerakkan kaki. Banyak pula gerak kaki, batal pula sembahyang. 
Alternatif lain ialah sembahyang duduk.

Jadi saya cubalah sembahyang rapat ke dinding. Alhamdulillah, tiada rasa nak 
jatuh lagi. Habis tu kalau tak ada dinding atau tiang macam mana ? Nak rapat ke 
bahu jemaah, semua jemaah kat Malaysia ni kebanyakan bahu jauh-jauh.

Akhirnya saya suruhlah anak saya solat sebelah saya, jadi lengan bahu dia rapat 
dengan lengan bahu saya, barulah rasa stabil.

Tulah, Nabi dah suruh rapat saf, tak nak rapat saf.

Sekarang terbukti melalui pengalaman sendiri rapat saf saya tidak hilang 
keseimbangan badan.

Agaknya kalau semua umat Islam di Malaysia solat jemaah rapat jari kaki dan 
bahu, mungkin kurang masalah mental, sakit jiwa, kencing manis, darah tinggi 
dan pelbagai penyakit lain . Itu semua kuasa Allah.

Sila baca dibawah ini kajian sains, rapat saf dalam solat boleh memberikan 
tenaga dan memulihkan tenaga dan merawat pelbagai penyakit. Percuma tu beb, tak 
payah belanja ribu-ribu , makan suplemen, minum tongkat ali dan sebagainya.

JAKIM, Mufti , Pengerusi Majlis Agama Islam , ABIM, JIM, PAS tak buat promosi 
besar-besaran ke rapat saf masa solat, bermula Ramadhan ini, Jemaah Tabligh dah 
lama promosi rasanya.

*****************
SOLAT : KEAJAIBAN DARI SUDUT SAINS

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang 
kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan 
kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu 
banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas 
negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah 
menjalankan aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran 
tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini 
mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang 
didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita 
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, 
kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. 
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai 
kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh 
ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali 
cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan 
dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama 
pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut beliau 
lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan 
sihat setelah berehat berapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir 
seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas 
agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 
rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini 
kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh 
itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan 
cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi 
ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan 
ketika menyambung kembali tugas.

Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat 
Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses 
pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan 
aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula 
tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat 
adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu 
sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 
4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan 
sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah 
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu 
bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 
4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk 
kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l 
engkap dan istimewa.

Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk 
kebaikan umat Islam itu sendiri.

Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. 
Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama

http://pmiupm.net/?p=584

Sabda Rasulullah.s.a.w. lagi;

Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah 
bersabda: " Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan 
kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang 
terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika 
meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan 
kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan 
merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut 
dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya 
dan inayah-Nya daripada orang tersebut" ( Riwayat Abu Daud )

http://www.leewantam.com/2009/06/saf-yang-tidak-rapat-terputus-rahmat.html

SAF SEMBAHYANG JEMAAH RAPAT LURUS BUKTI MENCINTAI RASULULLAH

Oleh: Syamsul Annuar Yaacob
Sumber: http://www.bharian.com.my

MENJADI kebiasaan bagi imam bertugas mengungkapkan hadis Rasulullah SAW ketika 
berdiri mendirikan solat jemaah. Ucapan itu bukan direka tanpa tujuan kerana 
kata itu sahih daripada mulut Rasulullah SAW.

Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Luruskan saf kamu, 
kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna." (Hadis Riwayat Muslim)

Namun, seruan itu sering diabaikan masyarakat yang mengaku cintakan Nabi 
Muhammad SAW, tetapi memandang ringan seruan Baginda. Sesungguhnya kecintaan 
kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dengan mengikut sunnah Baginda.

Anas berakta, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga perkara sesiapa yang ada 
padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan 
Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah. Kedua, taat ibu bapa selagi 
tidak melanggar perintah Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali 
kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut ketaatan terhadap perintah mereka, 
apakah pula alasannya tidak mengendahkan perintah Rasulullah SAW sedangkan 
kedudukan cinta terhadap Baginda lebih tinggi berbanding ibu bapa.

Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu mengikut sunnah Baginda 
seperti firman Allah bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu 
mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta 
mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha 
Mengasihani." (Surah Ali-Imran, ayat 31)

Mungkin ada yang tidak selesa jika bersolat dalam keadaan rapat serta dalam saf 
lurus. Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu 
dan bertemu kaki ketika solat jemaah.

Ketahuilah bahawa dalam sunnah yang dipandang ringan ini, terkandung penawar 
bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam kini.

Daripada Abu Masud, katanya: "Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat 
sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang 
menyebabkan hatimu berpecah-belah." (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mempunyai cara tersendiri mewujudkan perpaduan utuh di kalangan 
sahabat dengan menyempurnakan saf. Ini terbukti apabila generasi yang ditarbiah 
Rasulullah SAW amat menjaga perpaduan dan tidak mementingkan diri seperti puak 
Muhajirin serta Ansar yang dapat disatukan.

Ada pihak beranggapan tidak sempurna saf jika kanak-kanak solat bersama, tetapi 
tidak pula rasa solatnya tidak sempurna jika saf tidak lurus.

Setiap kali solat Jumaat atau hari raya, jemaah bersembahyang di luar atau di 
pekarangan masjid kerana ruangan dalam sudah penuh. Jika semua mementingkan 
susunan saf yang betul dan lurus, pasti ada jemaah berpeluang solat di dalam 
masjid.

Jika benar ikhlas cintakan Rasulullah SAW dan ingin mengeratkan perpaduan 
Islam, ikut sunnah nabi supaya merapatkan serta meluruskan saf supaya hilang 
perasaan ego dan sombong sebaliknya lahir rasa kasih sayang.

http://al-fikrah.net/News/article/sid=702.html








Kirim email ke