KURSUS PUSAKA ISLAM @ KLCC

Nama Kursus : Kursus Pusaka Islam @ Kursus Fardhu Ain
Tempat : Masjid Asy-Syakirin @ KLCC
Masa: 8.30 pagi - 4.00 petang
Tarikh : 15 May 2004
Yuran : RM30.00

>Masjid Asy-Syakirin, KLCC dengan kerjasama Yg. Bbhg. Ustaz Khairuddin Aman,
>akan menganjurkan satu lagi Kursus Fardu A'in iaitu Kursus Pusaka Islam.
>Kursus ini akan diadakan pada 15 hb. Mei 2004 bersamaan hari Sabtu,
>bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Penyertaan terhad
>kepada 100 orang peserta. Tarikh tutup penyertaan pada jam 3 petang 07 hb.
>Mei 2004 bersamaan hari Jumaat.


>Maklumat program adalah seperti berikut:


> Modul Kursus Pusaka Islam


>A. Pengenalan
>Pusaka adalah satu ilmu yang hampir dilupakan oleh umat Islam. Pembahagian
>pusaka menurut hukum hakam islam adalah suatu kewajipan. Ia adalah
>peraturan yang telah ditetapkan oleh syara' dan tidak boleh diubah oleh
>manusia.


>Modul Kursus Pusaka Islam dirangka bagi memberi kefahaman dan pengetahuan
>secara teori dan praktikal tentang :
>· golongan pewaris yang berhak menerima pusaka
>· kadar pembahagian setiap pewaris
>· cara pembahagian harta pusaka
>· prosuder permohonan pembahagian pusaka dengan pihak berkuasa.


>B. Objektif
>· Memberi kesedaran tentang kewajipan harta pusaka dibahagi menurut
>ketetapan syariat
>· Memberi kefahaman dan pengetahuan tentang kaedah-kaedah pembahagian
>harta pusaka
>· Membimbing secara praktikal cara pembahagian pusaka Islam
>· Menjelaskan prosuder pembahagian pusaka oleh pihak berkuasa di
>Malysia
>· Menjelaskan isu-isu berbangkit dalam prosuder pentadbiran pusaka
>seperti wang simpanan dalam akaun si mati, wang KWSP, penama,
>wang pencen, pampasan, wasiat, hibah, wakaf, hutang, harta sepencarian dan
>sebagainya.


>C. Format Modul
>· Ceramah 1 : Pembahagian Pusaka Dalam Islam (Teori)
>· Ceramah 2 : Pembahagian Pusaka Dalam Islam (Praktikal)
>· Ceramah 3 : Isu- isu Dalam Permohonan Pembahagian Harta
>Pusaka Di Malaysia


>D. Aturcara
>|------------------------+-----------------------------------------------|
>| 08.30 pg - 09.00 pg | Pendaftaran Peserta |
>|------------------------+-----------------------------------------------|
>| 09.00 pg - 10.30 pg | Ceramah 1 : |
>| | |
>| | Pembahagian Pusaka Dalam Islam (Teori) |
>|------------------------+-----------------------------------------------|
>| 10.30 pg - 11.00 pg | Kudapan |
>|------------------------+-----------------------------------------------|
>| 11.00 pg - 12.30 tgh | Ceramah 2 : |
>| | |
>| | Pembahagian Pusaka Dalam Islam (Praktikal) |
>|------------------------+-----------------------------------------------|
>| 12.30 tgh - 01.00 tgh | Soal jawab |
>|------------------------+-----------------------------------------------|
>| 01.00 tgh - 02.00 ptg | Rehat/ Solat/ Makan Tengahari |
>|------------------------+-----------------------------------------------|
>| 02.00 tgh - 03.00 ptg | Ceramah 3 : |
>| | |
>| | Isu- isu Dalam Permohonan Pembahagian Harta|
>| | |
>| | Pusaka Di Malaysia|
>| | |
>| | |
>|------------------------+-----------------------------------------------|
>| 03.00 ptg - 03.30 ptg | Soal jawab |
>|------------------------+-----------------------------------------------|
>| 03.30 ptg - 03.45 ptg | Penutup |
>|------------------------+-----------------------------------------------|


>
>E. Fasilitator
>· Ust Mohd Khairuddin Aman Razali
> Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM
> (B.A Univ of Jordan, M.A Al Al Bayt University)
>
>· Mohd Shafie Ngah
> Peguam & Perunding Syarie di Tetuan A.B. Sidek & ASSOCIATES
>
>F. Kos Kursus
>· Yuran Penyertaan - Rm 30.00 seorang.
>Bayaran ini melibatkan :
>1. Khidmat Perundingan Pakar Fasilitator
>2. Perjalanan Fasilitator
>3. Peralatan Kursus (Fail, kertas kerja, kertas & pensil)
>Nota: Sebahagian daripadanya akan disumbangkan kepada Sekolah Maahad
>Tahfiz.
>
>Kepada muslimin dan muslimat yang berminat untuk turut serta atau ingin
>menghantar anak-anak yang berumur 17 tahun ke atas, bolehlah mendaftar
>melalui e-mail [EMAIL PROTECTED] atau sms ke no. handphone 012-3938645
>atau hubungi pejabat Masjid Asy-Syakirin - 03-3801291. Yuran penyertaan
>pada hari bengkel diadakan. Sekiranya berlaku pembatalan penyertaan, harap
>dapat memaklumkan kepada Urusetia program sebelum 07 hb. Mei 2004.
>
>Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua,
>agar memanjangkan e-mail ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai.
>Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima. Semoga
>ianya diterima sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT.
>
>Apa yang baik dari Allah SWT, kekurangan adalah kelemahan kami. Ribuan
>kemaafan dipohon. Wassalam.
>
>B/P Pihak Masjid.


**Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman  DOA.Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati.**


Do you Yahoo!?
Yahoo! Photos: High-quality 4x6 digital prints for 25¢

Kirim email ke