A’kum….

 

Perhatian kepada semua ahli mailing list Hira’,

 

Seperti yang kita sedia maklum, Ijtima’ Mahabbah Sanawi Kali Ke-6 akan berlangsung pada 18 dan 19 Jun 2005. Oleh yang demikian, saya wakil dari unit penajaan ingin ‘melancarkan’ sebuah subprogram yang harapnya dapat menampung belanjawan program tersebut.

Sehubungan dengan itu, saya dan rakan2 unit penajaan yang lain amat mengharapkan kerjasama dari ahli alumni yang berkelapangan dan free mase cuti2 semester ni.kalau tak sekarang,bile lagi.ye tak;)

Kebiasaannya unit penajaan program akan meminta sumbangan melalui orang-orang perseorangan atau syarikat2.tapi untuk kali ni, kami cuba untuk membawa ALUMNI Hira’ dekat dan menyumbang kepada masyarakat, at the same time,duit masuuuk.bagaimana?meh nak citer…

Nama subprogram ni ialah PROGRAM ANAK SOLEH..bunyi menarik kan?program die lagi best.

Konsep nye gini:

 

 

TARIKH

Kumpulan 1 : 30 Mei 2005 hingga 3 Jun 2005

Kumpulan 2 : 6 Jun 2005 hingga 10 Jun 2005

 

 

Program Anak Soleh

Program terdiri daripada dua (2) slot setiap hari, selama lima (5) hari, dengan kapasiti masa satu jam bagi setiap slot.

 

Slot 1: Cinta Quran (Dari jam 10pg – 11 pg)

 

Di dalam slot ini, kesemua 36 peserta akan dibahagikan secara sama rata kepada 4 kumpulan kecil dengan setiap kumpulan akan dikawal-selia oleh sekurang-kurangnya seorang fasilitator. Kesemua peserta akan berpeluang memperdengarkan bacaan al-Quran atau Muqaddam, bergantung kepada keupayaan pelajar. Fasilitator akan memberikan tunjuk ajar bersesuaian dengan tahap kelancaran atau keupayaan setiap peserta.

 

Slot 2: Cinta Islam (Dari jam 11 pg – 12 tgh)**

 

Slot kedua ini akan dipenuhi dengan modul-modul berikut

 

a.       Cara-cara Solat
b.      Akhlaq Muslim
c.       Sirah Nabi dan sahabat.

 

PERINCIAN KONSEP

Bilangan Surau              : 4

Surau Sasaran                          : 1. Surau Seksyen 4, Shah Alam

                                                  2. Surau Seksyen 7, Shah Alam

                                                  3. Surau Seksyen 9, Shah Alam

                                                  4. Surau Seksyen 11, Shah Alam

Bilangan Peserta/Surau             : 36 orang (18 orang peserta Tahap 1 dan 18 orang peserta Tahap 2)

Bilangan Fasilitator/Surau          : 4 orang*

Yuran Peserta                           : RM30/peserta/minggu

Masa                                        : 10.00 pagi – 12.00 tgh

 

*   Terdiri daripada ahli-ahli ALUMNI HIRA’

** Bergantung kepada modul yang telah disusun.

 

Kami menyasarkan ahli alumni yang free weekdays(mon-fri) untuk turun padang bagi menjayakan program ini. 2 jam je sehari.bila lagi kita nak menyumbang kepada masyarakat.ye tak..

 

Berkenaan dengan venue, kami mungkin akan cuba menghubungi Masjid Negeri sebagai alternative kpd surau2 yang telah dinyatakan.

 

Modul akan dibincang insha allah selewat2nye 16mei 2005.and mungkin follow up akan dibuat dalam 22 mei 2005.sbb time tu nama fasilitator2 dah confirm dan kita akan bincang sendiri modul gaya cmane kita nak wat.so,kepada sesiapa yang berkelapangan dan berminat,boleh la menghubungi kami;

  1. kausar mohd amin ([EMAIL PROTECTED]) – 012 2635678/0355197044
  2. mohd radziq jalaludin ([EMAIL PROTECTED]) – 012 9347112
  3. sarah mohd seth – 012 3999046

 

taklimat akhir bersama faci2 yang terlibat juga akan dibuat sblm program berlangsung untuk memastikan penyelarasan isi kandungan modul dan memberi kefahaman kepada faci2 mengenai apa yang perlu dilaksanakan sepanjang program.

 

apart from that, kami juga ingin mencukupkan ahli unit sponsor.so, sesiapa yang berminat untuk jadi ahli unit sponsor pun amatlah dialu2kan…sebarang pertanyaan boleh lah diajukan kepada kami seperti di atas.

 

Sebarang pendapat dari kalian juga amat kami harapkan untuk membaiki mutu dan kualiti program ini.

 

Segala kerjasama dari sume ahli alumni amatlah kami hargai. Semoga segala usaha kita diberkati olehNYA.

jazakumullahu khairan

-kausar-

unit sponsor ims6


Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now
_______________________________________________
Hira mailing list

Kirim email ke